Kaing Guek Eav, also known as Duch, speaks to his attorneys moments before the start of his trial on the outskirts of Phnom Penh February 17, 2009. Duch, the ex-commandant of the notorious S-21 prison and chief Khmer Rouge torturer, faced trial for crimes against humanity on Tuesday, the first by a senior Pol Pot cadre three decades since the end of a regime blamed for 1.7 million deaths. Photo-Reuters
SETELAH kira-kira 30 tahun kekejaman rejim Khmer Rouge berakhir, barulah kini proses keadilannya cuba diraih.
Sudah beberapa kali usaha membawa para pemimpin kanan Khmer Rouge (KR) tertunda. Tetapi tahun ini membuktikan tribunal jenayah perang Kemboja kian berjaya untuk membawa dalang jenayah KR ke muka pengadilan.
Kaing Guek Eav atau juga dikenali sebagai 'Duch' dituduh bertanggungjawab atas kematian kira-kira 14,000 penduduk Kemboja sewaktu menjadi komandan penjara di Tuol Sleng atau S-21.
Perbicaraan sebenar ke atasnya hanya akan bermula pada bulan depan. Namun pencapaian tribunal itu bak suatu kemenangan maruah yang besar kepada rakyat Kemboja.
Ketika pemerintahan kejam Khmer Rouge 1975-1979 iaitu tiga tahun lapan bulan, hampir setiap keluarga Kemboja kehilangan ahli keluarga di kalangan 1.7 juta penduduk yang dibunuh.
Dipercayai sejumlah besar mangsa KR merupakan minoriti Cam yang beragama Islam. Orang Cam pernah menubuhkan kerajaan Melayu yang terlama (abad kedua sehingga ke-15 Masihi) di rantau ini dan disebut dalam Sejarah Melayu.
Rakyat kemboja ingin melihat kesemua pemimpin kejam Khmer Rouge dibawa ke mahkamah supaya dapat dinyatakan siapa sebenarnya yang bertanggungjawab. Namun keadaan daif atau serba kekurangan dan masalah perundangan telah melambatkan keinginan ini dapat dipenuhi.
Mengapakah rejim Khmer Rouge tergamak membunuh rakyat sendiri sepanjang revolusi 'Tahun Sifar' yang dipimpin oleh Pol Pot?
Inilah soalan utama yang bakal dipaparkan dalam perbicaraan yang membuka lembaran baru kepada proses pendakwaan jenayah perang rejim Khmer Rouge. Duch bakal menjadi saksi utama kepada empat pemimpin kanan yang lain.
Mereka ialah 'Abang Nombor Dua' Nuon Chea; bekas Presiden Khmer Rouge, Khieu Samphan; dan bekas Menteri Luar, Ieng Sary; serta isterinya, Ieng Thirith.

A video grab shows Khieu Samphan, a former Khmer Rouge leader and head of state, sitting in the dock during his third pre-trial chamber public hearing at the Extraordinary Chambers in the Courts of Cambodia (ECCC) on the outskirts of Phnom Penh February 20, 2009. Kieu Samphan is charged with war crimes and crimes against humanity. Photo-Reuters
Ieng Thirith, social affairs minister under the Khmer Rouge regime, sits in the dock during her pre-trial chamber public hearing at Extraordinary Chambers in the Courts of Cambodia, on the outskirts of Phnom Penh, February 24, 2009. Ieng Thirith is charged for war crimes and crimes against humanity. Photo-Reuters
Former Khmer Rouge leader Nuon Chea is helped to stand for a verdict at the Extraordinary Chambers in the Court of Cambodia (ECCC) in Phnom Penh on March 20, 2008. Nuon Chea is to appeal against his detention by Cambodia's genocide tribunal, insisting there is not enough evidence to keep him behind bars pending trial. Up to two million people died of starvation and overwork, or were executed by the Khmer Rouge, which dismantled modern Cambodian society in its effort to forge a radical agrarian utopia. Photo-Reuters

Mahkamah Tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kemboja memang dilanda masalah sejak lama, antaranya ialah kekurangan dana, amalan rasuah para pegawai tribunal serta kebimbangan campur tangan pemerintah terutamanya Perdana Menteri, Hun Sen.
Encik Hun Sen dikatakan kurang senang dengan perbicaraan itu kerana 'bebanan sejarahnya' dengan para pemimpin Khmer Rouge dan kemudian penjajah Vietnam.
Masalah itu menyebabkan tribunal yang ditubuhkan sejak 1997 itu mengalami perjalanan yang tersekat-sekat.
Para pemimpin KR sudah dianggap sebagai 'mesin pembunuh manusia'. Munculnya KR sewaktu Indochina (Vietnam, Laos dan Kemboja) baru merdeka dari Perancis dan menghadapi kebangkitan komunisme. Untuk menghalang gugatan komunis, Amerika Syarikat telah masuk campur di Vietnam Selatan.
Berdasarkan sejarah, Encik Hun Sen dikatakan memberontak kerana tidak sanggup melihat kekejaman Pol Pot.
Dengan sokongan Vietnam, Encik Hun Sen berjaya menghakis KR namun negaranya dijajah pula oleh Vietnam selama 13 tahun. Hanya dengan campur tangan Asean dan masyarakat antarabangsa, barulah Vietnam berundur pada 1991. Pengunduran Vietnam dipercepat dek kekalahannya dalam perang dengan China dan berkecainya Soviet Union yang merupakan penyokong utamanya.
Pencerakin politik Asia Tenggara di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Encik Ahmad Zaki Hasan, berkata Encik Hun Sen tidak ada sebab untuk melengahkan perbicaraan.

Amerika Syarikat melalui Timbalan Setiausaha Negara, John Negroponte, memberi jaminan sumbangan bernilai AS$1.8 juta ($2.7 juta). Namun jumlah itu terlalu kecil.
Tribunal itu sebelum ini dikatakan memerlukan kos melebihi AS$40 juta. Apatah lagi perbicaraan juga dijangka berlarutan sehingga 2012.
Namun apakah masa masih memihak kepada rakyat Kemboja? Sanggupkan masyarakat antarabangsa menderma kepada Kemboja?
Selama 30 tahun sudah lahir generasi muda Kemboja yang mungkin tidak mengalami zaman getir KR. Namun kisah kekejaman KR masih terus diceritakan dan pernah menjadi isi filem Hollywood, The Killing Fields (1984).
Mentelah para pemimpin KR kini dalam usia senja dan mungkin tidak sempat menanti sehingga tahun 2012 apabila seluruh proses perbicaraan bakal tamat.
Tribunal ini akan menampilkan para hakim antarabangsa seperti Hakim Silvia Cartwright, mantan hakim Mahkamah Tinggi New Zealand, dan juga para hakim Kemboja.
Antara para saksi yang bakal dipanggil ialah wartawan Encik Nic Dunlop, yang menemui Duch di barat laut Kemboja pada 1999. Sarjana Amerika, Encik David Chandler, pengarang beberapa buku mengenai Kemboja, juga akan diminta sebagai saksi.
Sejak kejatuhan KR, Duch lesap selama dua dekad dan memakai dua nama serta memeluk agama Kristian sebelum dikesan oleh Encik Dunlop, warga British.
Para hakim juga dikatakan bakal menentukan untuk menggunakan filem ringkas diambil oleh para askar Vietnam ketika memasuki penjaran Tuol Sleng pada Januari 1979 selepas KR ditumbangkan.
Filem itu menunjukkan tubuh yang dipancung dan kekanak yang nyawa-nyawa ikan. Menurut Pendakwaraya, Encik Chea Leang, filem itu genting sebagai bukti dan menggesa para hakim menerimanya sebagai bukti.
Namun antara peguam Duch, Encik Car Savuth, berhujah bahawa filem itu diada-adakan oleh pihak Vietnam sebagai langkah absah (legitimasi) untuk menjajah Kemboja demi menamatkan kekejaman KR.
Menurut ilmiawan Australia, Cik Helen Jarvis, Kemboja berada dalam keadaan terserap di tengah-tengah sengketa politik jagat.
Cik Jarvis telah lama bersama kerajaan Kemboja sejak rundingan dibuat dengan PBB bagi menyokong pembentukan tribunal itu.
'Memang kami sudah terlalu lama menanti. Namun tinjauan kami menunjukkan sekitar 60 hingga 70 peratus rakyat Kemboja mahukan tribunal ini melaksanakan tugasnya. Mereka memang geram dan sinis, namun keadilan masih dituntut,' kata Cik Jarvis.
Warga Amerika, Encik Michael Hayes, penerbit dan pengasas harian Inggeris, The Phnom Penh Post, telah mengikuti perkembangan tribunal, satu demi satu selama 10 tahun lalu.
'Proses dan perbicaraan ini khususnya menarik jangkaan tinggi rakyat Kemboja. Ini disebabkan Duch sudah mengakui penglibatannya dalam pembunuhan 16,000 jiwa atau lebih di pusat yang dikendalikannya. Jadi, orang ramai menanti apakah kelak pengakuannya. Terdapat anggapan dia paling mudah didakwa dan akan mengheret yang lain. Sudah ada banyak bukti mengenainya,' kata Encik Hayes.
Bagi pimpinan Kemboja, tribunal ini akan menarik perhatian antarabangsa dalam menilai demokrasi dan hak asasi watan mereka. Tetapi lebih penting lagi ialah usaha memikat pelabur jagat untuk terus membangun Kemboja dengan sejarah silamnya yang megah termasuk kompleks kuil Angkor Wat. -- Agensi.
Sumber: cyberita.asia1.com.sg

No comments:
Post a Comment