Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

17 February 2009

Pemimpin & pendukung PR sedang ditapis dan disaring



Serangan ke atas Pakatan Rakyat (PR) semakin menjadi-jadi, lebih - lebih lagi selepas kejayaan merampas Perak telah membuatkan UMNO/BN (UBN) semakin berkeyakinan dan bersemangat untuk terus menggerakan perang saraf mereka bagi menghakis kepercayaan para penyokong Pakatan Rakyat terhadap pimpinan mereka. Serangan seterus nya disasarkan kepada Selangor dan kemudian nya mungkin Kedah.

Di Selangor, satu demi satu isu skandal, salah laku, masaalah disiplin dan pelbagai isu peribadi yang negatif cuba didedah kan. Isu ADUN PAS ditangkap basah, isu ADUN hilang dan terbaru isu gambar bogel ADUN YB Elizabeth Wong. PR tidak boleh terus menuduh UBN menjadi dalang, walau pun memang sah bahawa UBN adalah musuh PR secara kolektif. Bagaimana kalau dikatakan ada gunting dalam lipatan PR. Ada individu tertentu yang tak puas hati macam yang berlaku pada ADUN Jelapang dari DAP di Perak.

Dalam politik, segala isu dan apa juga skandal akan terus wujud kerana penglibatan ahli politik yang berbagai ragam dan kepentingan, tidak kira sama ada dari kelompok BN atau PR. Apa yang penting ialah bagaimana kita melihat dan menangani nya. Kita boleh melihat dari 2 sudut, negatif dan positif.

Dari segi negatif, sudah tentu lah isu begini memberi kesusahan kepada PR. Ia nya sudah tentu akan menjadi bahan propaganda BN. Sudah pasti TV akan mengeksploitkan isu bagi memberi kredit kepada BN. Tak perlu ulas panjang sebab itu memang kerja harian mereka.

Dari segi positif pula, isu begini sepatut nya menjadi sebagai tapisan dan saringan kepada PR supaya PR hanya mempunyai pemimpin yang berkualiti. Contoh paling jelas ialah isu di Perak. ADUN bermasaalah dan berkepentingan keluar meninggalkan PR. Walau pun PR tumbang tetapi dari sudut lain ianya dapat membuang kekotoran yang ada pada PR dan menjadi kan PR semakin bersih. Yang pelik, kekotoran yang dibuang diambil oleh UBN bagi membentuk kerajaan baru Perak. Apa kah persepsi umum dengan tindakan demikian terutama nya majoriti rakyat Perak ??. Kepada PR, jangan risau mentaliti majoriti rakyat sudah banyak berubah jika mahu dibandingkan dengan mentaliti zaman ibu,bapa dan datuk kita dulu.

Bagaimana menangani masaalah begini ?. Senang saja sebenar nya. Jika terbukti bersalah atau yang tersangkut pada tapisan dan saringan hendak lah mengundurkan diri, dipecat atau yang seumpama nya. Mereka terpaksa mengorbankan diri atau dikorbankan.

TOLONG jangan buat seperti apa yang BN buat. Apa yang BN buat?. BN masih menerima dan menyimpan pemimpin-pemimpin yang bermasaalah. Sudah lah diterima dan disimpan, malah dapat memegang jawatan tinggi pula. Samaada UMNO, MCA dan MIC, mereka sama sahaja. Sebut saja nama besar dalam BN seperti:

1. Tan Sri Muhammad Mohd Taib, individu yang ditangkap kerana membawa RM3.8 juta wang tunai ke Australia tanpa istihar yang kemudian dilepaskan kerana pengakuanya di Mahkamah Australia dia tidak tahu membaca arahan yang mewajibkan dia mengistiharkan wang tunai yang dibawa masuk ke Australia kerana tidak tahu bercakap dan membaca dalam bahasa Inggeris dan kes bawa lari puteri Al-Marhum Sultan Selangor untuk dikahwini di Thailand. Al-Marhum sangat murka dengan isu ini.

2. Menteri UMNO melakukan rasuah, disiasat BPR, cukup bukti tapi pendakwaan disisihkan. Datuk Seri Rafidah Aziz melakukan 5 kesalahan mengagihkan saham-saham kepada menantunya Fazrin Anwar. Datuk Seri Dr. Mahathir telah menghalang pendakwaan ke atas Rafidah di mahkamah, Menurut laporan Jabatan Peguam Negara 14 Mac 1995, terdapat kes prima facie Rafidah telah melakukan rasuah. Perbuatan Datuk Seri Dr. Mahathir menghalang proses undang-undang dijalankan dianggap sebagai satu kesalahan jenayah. Tanya Saudara Ezam, beliau ada bukti.

3. Dr. Chua Soi Lek dengan skandal sex nya dan meletak jawatan, tetapi sekarang Timbalan Presiden MCA.

BN buat begini sudah lama malah ia nya menjadi amalan, tetapi lama kelamaan apa jadi ?. Sedikit demi sedikit rakyat secara umum nya mula menolak BN. Kerana apa ?, kerana mereka melihat BN bersetongkol dengan sesuatu yang bersifat negatif dan tidak elok ini.

Kesimpulan nya, yang penting ialah bagaimana kedua dua pihak BN atau PR menangani masaalah sebegini ?. Ingat dan jangan lupa bahawa rakyat terutama pengundi semakin cerdik.

Sekian.
Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...