"Dia nak masuk UMNO balik," itulah gurauan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali - 4/12/2008
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali bersedia menimbang pelawaan untuk menyertai semula Umno dengan syarat parti itu bersedia menerima kelantangannya.
Ketika berterus-terang kepada para pemberita yang menemuinya di lobi Parlimen semalam, Ibrahim berkata, beliau amat menghargai pelawaan daripada Umno dan akan mendapatkan maklum balas daripada para penyokong di kawasannya.
Ibrahim menambah, Umno bukanlah satu parti yang asing baginya kerana selain pernah menjadi ahli, beliau menganggotai Majlis Tertinggi (MT) selama enam tahun dan ketua bahagian selama 12 tahun.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, parti itu memang memerlukan tokoh seperti Ibrahim bagi menguatkan kedudukan parti di mata orang Melayu ketika ini.
Katanya, sebagai orang lama dan berpengalaman, selain pernah keluar masuk Umno, kebolehan dan kecekapan Ahli Parlimen itu tidak perlu diragui.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta ahli parti supaya tidak memandang sinis terhadap cadangan supaya Ibrahim dibenarkan menyertai semula parti itu.
Menurut Ahmad Zahid, beliau mengharapkan akan ada lagi orang seperti Ahli Parlimen Pasir Mas itu mahu menyertai Umno semula.
"Kalau ada ramai yang nak masuk lagi bagus, sekurang-kurangnya Umno ada majoriti dua pertiga di Parlimen nanti," katanya.
Seorang lagi ahli MT, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo juga bersetuju dengan cadangan itu dan berharap Ibrahim menimbang tawaran itu dengan sebaik-baiknya.
Sumber: Harakahdaily
Komen Aku:

Datuk Ibrahim Ali digugurkan dari jawatan ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum Ke-11, Mei 2004, tetapi tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac 2008, Ibrahim menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Rosdi Mahamed dengan majoriti 8,991 undi. Beliau bertanding sebagai calun bebas tetapi menggunakan lambang PAS.
Desas desus beliau nak masuk UMNO semula telah kedengaran awal disember tahun 2008 lagi. Walau pun tidak begitu serius dan lebih kepada berbentuk gurauan. Aku ada tulis dan link kan pada sumber nya iaitu Agenda daily.
Dari segi logik mudah, tak kan lah setelah digantung keahlian UMNO seumur hidup, beliau dengan senang dan mudah diterima masuk semula ke dalam UMNO. Sudah pasti lah beliau mesti membuat sesuatu yang pro dan menguntungkan UMNO atau BN. Baru lah UMNO boleh tawarkan kemasukan semula untuk nya. Setelah beliau hempas songkok dalam sidang dewan rakyat, maka tawaran pun dibuat.
Pandai betol engko ye Beraim !!..............

No comments:
Post a Comment