Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

21 February 2009

Kerajaan Sabah tukar kereta Perdana kepada Volvo - TV3, RTM & Utusan mengapa senyap?


2009 Volvo S80


2009 Volvo XC 90

 Oooooiiii...TV3, RTM, Utusan, Berita Harian dan yang sewaktu dengannya !. Apahal dengan hidung engkorang semua ?. Masih tidak dapat menghidu berita yang kerajaan Sabah akan/dah tukar kereta rasmi dari Proton Perdana V6 kepada Volvo 2.5. Tak kan lah tak tahu kot?, atau hidung engkorang semua dah tersumbat, atau hidung engkorang semua nya jenis sensitif dan 'allergic'. Bila Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan Selangor tukar kereta Camry, berbau saja hidung engkorang semua ye!, tapi bila kerajaan Terengganu tukar Mercedes-Benz dan yang terbaru ini kerajaan Sabah tukar Volvo, tiba tiba saja hidung engkorang jadi tersumbat.

Aku nak bagi sikit info pada engkorang. Kalau engkorang rajin tulis lah kat Utusan ke? atau berita Harian ke?. Untuk TV3, malam nanti masukan lah dalam slot buletin utama jam 8.00 malam, tapi kalau tak boleh, berita jam 12 malam pun tak apa, kan Aiman tak kesah !

1.
Kereta Volvo 2.5 kemungkinan besar model Sedan S80 2.5T iaitu model yang sama yang diguna oleh Polis DiRaja Malaysia. Mungkin juga model XC90.

2.
Datuk Seri Musa Haji Aman kata sebab beliau tukar ialah kerana kos penyelenggaraan Perdana V6 adalah tinggi. 4 kerajaan negeri yang tukar kereta beri alasan yang sama. Tak ada alasan lain ke Datuk Seri?..atau memang benar penyelenggaraan Perdana V6 adalah tinggi.

3.
Datuk Seri Musa Haji Aman kata pembelian adalah melalui Syarikat Angkatan Hebat Sdn Bhd (Syarikat dimana Kerajaan Negeri mempunyai 70% kepentingan melalui Warisan Harta Sabah Sdn Bhd.). Syarikat Angkatan Hebat Sdn Bhd juga adalah pengedar Volvo di Sabah

4. Syarikat Angkatan Hebat Sdn Bhd membeli kereta-kereta tersebut dan kemudian nya menyewakan nya kepada Kerajaan Negeri Sabah. Apa strategi nya dan berapa sewa nya?, yang itu aku tak tahu.

5.
Datuk Seri Musa Haji Aman kata lagi kereta Volvo yang dibeli adalah sebanyak 12 buah dan hanya untuk kegunaan menteri-menteri dan timbalan menteri. Pegawai kanan kerajaan masih menggunakan Proton Perdana V6.

Rakyat terbanyak pakai 'National Car', Pakatan Rakyat pakai 'Japaness Car' dan Kerajaan BN....tak main lah 'National & Japaness Car', kita orang pakai 'Continental Car'. Kah...Kah...Kah!!!

Sekian dimaklumkan.....Terima Kasih.

http://dailyexpress.com.my/upload/balik%20musa2.jpg
Sat | Feb 21, 09 | 11:20:00 am MYT
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - "Tiada akhbar yang akan laporkan", begitulah yang diluahkan oleh seorang pemberi maklumat berhubung tindakan kerajaan BN Sabah menukar kenderaan rasmi Perdana kepada Volvo 2.5 cc.

Pemberi maklumat yang enggan namanya disiarkan berkata, Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Musa Haji Aman dikatakan telah menukar dari Proton Perdana V6 ke Volvo 2.5 yang baru atas alasan kos senggeraan yang tinggi untuk Perdana.

"Masalahnya di Sabah tiada pengedar dan pusat khidmat Volvo yang disahkan. Kalaulah kerajaan Kelantan pakai Volvo agaknya jadi berita utama dan muka depan TV3, RTM, Utusan, Berita Harian dan yang sewaktu dengannya selama berbulan-bulan," katanya.

Namun ujar beliau, dalam kes kerajaan Sabah ini, tiada akhbar yang mahu melaporkan jauh sekali mensensasikan isu tersebut berbanding isu penukaran kereta kerajaan Selangor sebelum ini, ujarnya. - mns

Sumber: harakahdaily.net


Artikel berkaitan:

1. Sabah Gov. dumps Perdana for Volvos! - paultan.org
2. black Volvo 2.5 as official cars - newsabahtimes.com.my
3. Opting for Volvo due to cost of upkeep - dailyexpress.com.my

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...