Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

20 February 2009

Raja Melayu itu raja rakyat Malaysia bukan raja orang melayu saja - Anwar



Dalam berita TV3 jam 8 malam tadi (19/2/09) ada ditunjukan sedutan sidang parlimen membahaskan soal derhaka dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Seperti biasa pemberitaan dalam bentuk negatif untuk PR dan suntingan yang dipotong-potong @ sekerat-sekerat juga untuk PR. Paling untung ialah Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali sebab sedutan ucapan beliau agak panjang disiarkan dan mendapat liputan yang baik seperti yang di lapurkan oleh Agenda daily. Beliau juga mendapat pujian dari pemimpin BN.

Turut membangkitkan soal ini ialah Ahli Parlimen Pasir Salak (BN). Beliau mendakwa ada antara pemimpin DAP semasa berucap mengatakan ketuanan melayu sudah berakhir dan bermula nya ketuanan rakyat yang dianggap nya PR membawa perjuangan untuk menghapuskan kuasa raja dan sultan. Dijawab oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh @ ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu apabila mengatakan ketuanan rakyat tidak bermakna menghina raja. Beliau menambah " Raja Melayu itu raja rakyat Malaysia bukan raja orang melayu saja"... Potong (Cut) !

Segmen bertukar kepada Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Noh Omar. Beliau bertanya kepada Datuk Seri Anwar sama ada semasa Anwar dalam UMNO dulu , pernah tak UMNO mengganggu raja sambil memberi contoh apa yang berlaku di Perak seperti baring atas jalan, tahan kereta raja. Datuk Seri Anwar jawab " pengalaman saya dalam UMNO, pernah Perdana Menteri dan menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO menghina raja-raja"...nak sambung lagi, Potong (Cut) !

Sekian-teringat filem Seniman Bujang Lapok.

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...