06 February 2009

Apa perlu PAS buat dalam isu rampasan kuasa di Perak ?

http://www1.mstar.com.my/archives/2009/2/6/mstar_mutakhir/012148694.jpg

Aku tertarik dengan satu posting dibawah tajuk 'PAS jangan berlebih-lebih' yang menggunakan nickname
askarsepoi dalam ruangan forum Tranungkite online. Aku rasa ada rasional nya apa yang dituliskan oleh askarsepoi dan aku ingin berkongsi bersama pengunjung yang singgah di sini. Aku cuma tambah serba sedikit serbuk perasa supaya artikel ini lebih enak dibaca.

PAS jangan berlebih-lebih

PAS, terutama PAS Perak diharap jangan berlebih-lebih dalam isu rampasan kuasa di Perak.

Memang Betul, kita kena perjuangkan kebenaran dan keadilan, tapi biarlah dengan cara terhormat dan dikenang rakyat.

Buat Permulaan, elok buat apa sepatutnya mengikut titah seperti yang diputuskan oleh Sultan Perak. Susah juga kalau berkonfrontasi dengan pihak Istana sebab kelancaran pentadbiran negeri bergantung pada hubungan baik dengan pihak Istana.

Lagipun PAS bukan mempunyai kekuatan besar dalam DUN. Cuma kita hanya memperjuangkan prinsip keadilan dan haq. Kemudian baru dirancang apa yang sepatutnya.

Aku mencadangkan:


1. Desak 3 Adun tu letak jawatan sebagai adun.

Hanya pengundi DUN berkenaan yang mampu buat desakan kuat. Kerah semua pemimpin dan pengundi Pakatan Rakyat untuk desak & berhimpun di rumah 3 adun tu dan tuntut beliau lepaskan jawatan. Ini usaha dan tanggungjawab yang perlu dipikul DAP & PKR. PAS boleh membantu sebagai faktor sokongan PR.

2. Teruskan usaha dan kempen mendaulatkan kebenaran dan keadilan.

Setiap jentera PR di setiap lapisan, setiap negeri perlu gerakkan kempen. Jika LOMPAT tema 2009, biar Parlimen lompat kepada PR. Bagi ANWAR, jika itu silat yang dimainkan NAJIB, beliau perlu balas dengan silat yang sama.

Beliau perlu kotakan janji merampas Parlimen dengan SEGERA. Jadikan isu lompat 3 orang ini sebagai senjata untuk menyegerakan JANJI ke Putrajaya.

Kesimpulannya.

PAS perlu balik kepada KERJA asal.
Kembalikan Usaha Dakwah dan Jihad untuk Islam.

Biarlah nampak PAS Tabah dan Matang.
PAS bukan pertama kali menjadi Mangsa permainan BN.

Lawan tetap Lawan. Tapi dengan acuan dan rentak PAS
Jangan terlampau jauh terjebak ke dalam permainan anwar-najib.

oleh: askarsepoi


Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...