Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

01 February 2009

Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan

Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menyambut sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-35 pada hari ini 1 Feb 2009. Selamat menyambut hari Wilayah Persekutuan kepada warga ketiga-tiga wilayah ini.

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa ketiga-tiga wilayah persekutuan ini telah menggunapakai bendera baru Wilayah Persekutuan yang telah dilancarkan pada 20hb. Ogos 2006. Ia digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.
  1. Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan;
  2. Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran; dan
  3. Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
  4. Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.
  5. Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.

Rujukan : wikipedia Wilayah Persekutuan

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...