Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

24 February 2009

Polis henti siasatan serta-merta - Speaker V.Sivakumar lega

http://www.bharian.com.my/Sunday/BeritaUtama/20090222000139/mainpix

Menurut suara keadilan online menyatakan bahawa Polis telah mengarahkan semua siasatan terhadap pengantungan Menteri Besar BN Datuk Dr. Zambry Kadir dan enam exconya dihentikan serta-merta setelah lebih dua jam menjalankan siasatan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar.

Kalau begitu lah jadi nya, bagaimana dengan lapuran Polis yang telah dibuat ke atas V. Sivakumar. Dengar kata, lebih dari 10 lapuran Polis dibuat. Lapuran Polis mungkin dibuat selepas mendengar
nasihat yang disyorkan oleh PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. PM berkata bahawa kerajaan negeri Perak (diterajui Zambry) perlu membuat laporan polis kerana apa yang dilakukan oleh Speaker DUN Perak itu sesuatu yang menyalahi atau menolak apa yang telah dilaksanakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dan perlembagaan negeri. Cuma tidak diketahui sama ada Zambry dah buat lapuran Polis ke belum?.

Khairy Jamaluddin pun tumpang tui jugak. Bapa mertua seorang bagi nasihat cukup lah. Beliau mendesak supaya Sivakumar digantikan dengan tokoh lebih berwibawa. Desakan yang pelik, sebab bila sidang DUN nanti, 'yang kena gantung' tak boleh masuk dewan. Bila tak boleh masuk dewan, majoriti BN dah kurang. Bila majoriti dah kurang PR boleh rampas balik semula Kerajaan negeri dari BN. Oleh itu, apa BN perlu buat sekarang?...BN perlu bukti kan bahawa penggantungan Datuk Dr. Zambry Kadir dan enam exconya ada lah TIDAK SAH, tetapi boleh ke?..........

Dalam hal berkaitan, nampak nya Tun Mahathir lebih mempunyai pengetahuan dari PM dan lain-lain yang sepemikiran dengan PM. Bekas Perdana Menteri itu menulis dalam
blog beliau bahawa Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

Teringat kata kata ustaz pada satu kuliah Agama. Kalau tak pandai lebih baik kita diam sebab bila kita diam, orang tak tahu kita pandai ke tidak?, tapi bila kita nak bercakap jugak, baru orang tahu yang memang kita tak pandai.


Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...