Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

16 February 2009

Foto bogel - ADUN Bukit Lanjan buat lapuran Polis



kemaskini 11.28pm

Seorang exco kerajaan Selangor telah membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam.

Difahamkan foto-foto yang dirakam tanpa kebenarannya itu - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) wanita itu, dalam usia lewat 30-an dan masih bujang, dijangka mengeluarkan kenyataannya hari ini.

Beliau menjadi sasaran kedua berkaitan dakwaan seks selepas serangan terhadap seorang wakil rakyat PAS, yang juga exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali yang didakwa ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang.

Sambil menafikannya, beliau membuat aduan polis hujung bulan lepas terhadap sebuah laman web pro-Umno berhubung penyiaran tuduhan tersebut.

Sumber: www.malaysiakini.com

Link berkaitan:
1. Nude pix scandal hits PKR rep - the star online

Berita sebelum ini:
10.35 pagi -16/2/2009

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong mengaku gambar bogel yang tersebar kini adalah gambarnya. Beliau yang pernah menjadi jadi pembantu khas kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan membuat laporan polis hari Isnin. Kini timbul desakan agar beliau meletak jawatan kerana moralnya dipertikaikan .

Sementara itu, Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu gambar bogel Elizabeth Wong. Katanya, PKR akan mendapatkan keterangan Exco itu serta laporan polis sebelum memutuskan tindakan lanjut. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula berkata isu itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco Negeri, Rabu ini.


Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...