Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

30 June 2009

Kursus di ILSAS & bertemu sahabat lama

Aku & Leman - Langkawi 1983
Hari ini aku mula kursus selama 4 hari dari 30/6-3/7 di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) Bangi. Kursus pasal bearing. Kursus ini kursus wajib @ mandatori. Ahhh!!...toksah banyak cerita, aku pergi aje. 4 hari ini berulang alek lah dari Kapar ke Bangi.
Masa 'break' minum 10.00 pagi, aku bertemu dengan sahabat @ rakan serumah semasa di Butterworth, P.Pinang dalam tahun 1982 (kalau tak silap). Nama dia Sulaiman Shah Hj.Muhammad. Lama dah tak jumpa dia. Kali terakhir kami bertemu ialah 15 tahun lepas di Ipoh. Dia macam tu lah jugak, tidak nampak dimamah usia. Rambut pun masih banyak yang hitam. Rambut aku dah banyak yang putih.

Apabila dipanggil berkursus di ILSAS memang aku tak tolak kerana selain dari mendapat ilmu di situ jugalah kita dapat bertemu teman teman lama yang kebetulan berkursus juga. Sebelum ini, disatu kursus yang lain aku juga bertemu sahabat lama yang sama sama bertugas di S.J.Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Kapar dalam era Lembaga Letrik Negara (L.L.N). Azmi Ahmad nama nya. Masa itu dia adalah Pembantu Teknik (Technical Assistant) dan sekarang masa aku bertemu, ia adalah Dr. Azmi Ahmad.

Bagi aku, kalau sebelum ini untuk bertemu kawan lama adalah seperti di majlis majlis kenduri kahwin atau pun apabila ada kematian dan kini ILSAS juga memainkan peranan yang sama selain dari tempat untuk latihan. Terima Kasih ILSAS............

Sekian

29 June 2009

Kakitangan awam banyak hutang, salah siapa ?



KUALA LUMPUR -- Seramai 450,000 orang daripada 1.2 juta petugas awam menghadapi masalah hutang dan golongan ini perlu diberi perhatian khas kerana mereka mudah terjerumus dalam gejala rasuah.

Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin berharap ketua-ketua mereka di jabatan atau kementerian mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah mengenai kumpulan ini, yang rata-ratanya membawa pulang hanya 40 peratus daripada gaji mereka.

“Kebanyakan gaji dipotong pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah suai rumah,” katanya.

Ahmad Shah berkata, ramai penjawat awam diberi kelonggaran kerajaan membuat kerja sambilan seperti membawa teksi, menjadi ejen jualan langsung dan berniaga menampung pendapatan tetapi tidak mencukupi.

“Kos sara hidup di bandar tinggi menyebabkan ramai terpaksa berhutang,” katanya.

Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Shaani Abdullah, bersetuju satu daripada faktor menyebabkan ramai petugas awam berhutang ialah perbelanjaan tinggi di bandar,” katanya. - Bernama

Komen aku:

Aku tidak mahu komen tentang yang memang kaki boros, yang berbelanja melebihi pendapatan dan yang tidak tahu menguruskan pendapatan.

Aku merasakan terdapat ramai juga yang berbelanja secara berhemah, tetapi terpaksa berhutang kerana kos yang diperlukan memang tidak mencukupi. Memang lah kenderaan dan perumahan antara penyebab masaalah berhutang tetapi mengapa boleh jadi begitu ?. Aku berpendapat begini:

1. Pihak kerajaan juga samada secara sedar atau tidak sedar menggalak kan rakyat berhutang untuk jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, pada asas nya kereta sekarang ini adalah barang keperluan dan bukan barang mewah seperti zaman dulu. Jenama kereta yang menunjuk kan mewah atau tidak kereta itu. Jangan marah kalau aku berpendapat bahawa sebenar nya ramai yang tidak mampu untuk memiliki sebuah kereta walau untuk keperluan dan bukan bermewah. Mengapa mereka ini nampak macam mampu?. Tak lain tak bukan ialah sebab nya kerana tempoh meminjam untuk membeli kereta tersebut dipanjangkan. Seingat aku masa tahun 70an, tempoh pinjaman adalah antara 3-5 tahun. Tahun 80an, 5-7 tahun. Tahun 90an 7-9 tahun. Sekarang sudah ada bayaran balik sehingga 10 tahun dan tak mustahil akan datang, bayaran balik pinjaman kenderaan sehingga 15 tahun. Maka jadi lah kenderaan yang sememang nya sudah mahal akibat dicukai oleh kerajaan menjadi semakin mahal dan bila habis bayar kenderaan itu pun dah uzur dan nilai nya pun dah boleh timbang kati, maka terpaksa beli yang baru dengan membuat hutang baru. Itu pun kalau layak lagi.

2. Pinjaman pelajaran yang perlu dibayar, kalau tak pinjam tak boleh nak belajar. Dulu ada biasiswa, tetapi sekarang sudah tiada dan kalau ada pun hanya segelintir sahaja. Yang ramai nya terpaksa meminjam untuk belajar. Apabila mereka ini berkahwin antara satu sama lain, maka suami dan isteri terpaksa bayar pinjaman belajar mereka dulu. Tempoh bayar balik mungkin 10-15 tahun.


3. Dua faktor diatas sahaja pun sudah cukup untuk membuat kan kepala kita menjadi botak dan menambah kedutan dimuka. Manakan tidak, hutang kenderaan 10 tahun, hutang belajar 10 tahun, hutang rumah 20-30 tahun dan akhir nya berhutang lah sampai ke liang lahat. Apa yang kita cerita ini tidak termasuk perbelanjaan harian termasuk lah minyak petrol dan tol.


Walaubagaimana pun, pokok pangkal nya terpulang lah kepada yang empunya diri jugak. Duit banyak mana pun tak pernah cukup. Kalau lah duit itu ada had yang dikatakan cukup, maka tidak adalah orang orang yang berjawatan tinggi sanggup rasuah. Kalau orang gaji kecik rasuah, aku pun tak heran..betul tak ?.


Eh!.. kes rasuah
berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta membabitkan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi apa cerita ye???..

Sekian.........

28 June 2009

A newly built 13-storey residential building collapsed in Shanghai


Residents gather to take photos of the collapsed building from across the river

A newly built 13-storey residential building collapsed in Shanghai yesterday, killing one worker.

The block of high-rise flats toppled onto its side in the muddy construction site raising concerns that building safety standards are being overlooked in favour of fast construction in China's rush to modernise.

The building appeared to be almost complete with fitted windows and a finished, tiled facade. Other similar-looking blocks in the same property development were still standing nearby.


Crash: The newly built block of flats lies flat on its side after tumbling down in Shanghai leaving one person dead

Shoddy construction and the use of sub-standard materials is a concern in China's construction sector as the country scrambles to build out cities and finish massive infrastructure projects to keep pace with fast economic growth.

Construction-related accidents last year included the collapse of a steel arch on a new railway bridge, which killed at least seven and a crane which fell on a nursery school killing five.

The collapse of dozens of schools during last year's Sichuan earthquake also led to a wave of public outrage about corrupt officials and construction firms. - www.dailymail.co.uk


Exposed pilings lie in the remains of the building's foundations

Photobucket

27 June 2009

Peringatan: TOLONG DIAM !!!



Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "HENDAKLAH KAMU MENDIAMKAN DIRI KETIKA AZAN, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

Ehsan dari: http://eddiepawana.blogspot.com

26 June 2009

Untuk renungan: Michael Jackson & Farrah Fawcett sudah meninggal dunia

Hari ini ada berita melibat kan kematian 2 selebriti yang terkenal pada zaman masing masing. Mereka ialah

1. Michael Jackson

micheal jackson past away dead 260609 04Beliau disahkan meninggal dunia pada 25/6/09 - 2.26 petang Khamis (26/6/09 - 5.26 pagi Jumaat waktu Malaysia) di UCLA Medical Center.

Seorang penyanyi yang di gelar Raja pop. Michael menjadi kaya raya sekelip mata apabila album Thriller nya meletup ke seluruh dunia. Kekayaan nya membolehkan beliau membuat rumah siap dengan taman tema dan zoo.

Namun begitu langit tidak selalu cerah. Oleh kerana kaya raya, beliau boros berbelanja ditambah pula masaalah demi masaalah datang menimpa beliau. Yang terakhir beliau disaman oleh seorang kerabat diraja Bahrain, Sheikh Abdulla Hamad Al Khalifa kerana didakwa melanggar perjanjian untuk merakam album dan mengadakan konsert di negara itu (baca disini).

Beliau juga cuba mengubah diri beliau dari kulit hitam kepada kulit putih dan dari hidung pesek kepada hidung mancung. Walau nampak macam berjaya tapi sebenar nya wajah beliau semakin terjejas akibat terlalu banyak pembedahan dan suntikan.

Dipenghujung hayat nya (hujung tahun lepas), beliau diberita kan telah memeluk ugama Islam dan menggunakan nama Mikaeel (baca disini). Harap berita itu adalah benar dan jika benar, kita sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau.


2. Farrah Fawcett

Beliau adalah pelakon yang popular pada tahun 70an. Beliau adalah bintang Charlie's Angels dan bersekedudukan dengan Ryan O'neil (juga seorang pelakon) sehingga mendapat anak 'haram'.


Farrah telah beberapa tahun kebelakangan ini bergelut dengan maut kerana menghidapi kanser colon (anal).


Sehingga kematian nya beliau masih belum berkahwin secara sah mengikut agama yang dianuti nya.

Akhbar mStar online mengatakan yang beliau akan berkahwin bulan ini tapi tidak kesampaian, sedang kan sebenar nya dah berpuluh tahun mereka bersekedudukan tetapi terlupa nak kahwin agak nya.. (baca disini)


Kesimpulan nya, sebagai seorang muslim, jangan lah sekali kali kita sebagai manusia cuba mengubah apa yang Allah telah tetapkan sebagai fitrah. Semoga cerita mereka ini kita jadikan iktibar dalam menjalani kehidupan sebelum maut menjemput.

Artikel Berkaitan:
1. Farrah Fawcett dies at 62 - www.sofiaecho.com
2.
Michael Jackson dies - www.huffingtonpost.com

Photobucket

Russian jets (MIG) Factory



Russian MIGs are the most famous Russian jets.

They were in production since 1959. They become true legend of Russian aviation and were exported to many countries.

Sometimes they were used to fight against American or French jet fighters like in Vietnam or in Israel.

Mig factory was always top secret place during the Soviet Times. Such photos like we are having here today were impossible to make or publish at that times. But not now.

So this is how Russian legend is being born. Click tumbnails below to view more images.


25 June 2009

The air force's MiG-29N jetfighters will be sold off - Defence Minister


Malaysia - Air Force Mikoyan-Gurevich MiG-29N M43-09

KUALA LUMPUR, June 25 (Bernama) -- The air force's MiG-29N jetfighters will be sold off and replaced with new aircraft, Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said.

Several companies abroad had expressed interest to buy the aircraft, he said, adding that the ministry would discuss the matter with the Finance Ministry.

"There are still matters to be considered such as the price," he told reporters after attending an event here to announce the Defence Services Asia (DSA) 2010 exhibition.

Malaysia received the delivery of the Russian-made MiG-29N in April 1995.

Malaysia had signed the purchase of 18 units the aircraft in June 1994 at the cost of US$380 million while the package which included training and spare parts cost US$1.6 billion.

Ahmad Zahid the MiG-29N would be replaced with interceptors with the latest technologies to strengthen the air force's capabilities.

He also said that the government was taking steps to replace the armed forces' ageing assets in stages.

On foreign newswire reports that a North Korean vessel, suspected of carrying weapons and banned cargoes, was heading towards the Strait of Melaka, Ahmad Zahid said the Malaysian authorities were gathering intelligence on the matter.

Reports said that the cargo ship, Kang Nam, carrying the North Korean flag, was chugging towards the Strait of Melaka.

The ship was reported to be heading for Thilawa port in Myanmar and said to be carrying low technology weapons but still dangerous compared to other conventional weapons.
- BERNAMA

Komen aku:
Whose turn to make commission now?

Setelah Wabak H1N1 merebak di Malaysia, Istilah Selsema Babi diguna semula


A student wearing a face mask as a precaution against swine flu, looks out from her classroom after it was closed following the discovery of swine flu cases in the Kuala Lumpur primary school, Monday, June 22, 2009, in Kuala Lumpur, Malaysia. Malaysia closed a second primary school and confirmed eight new swine flu cases, bringing the total number to 58, the country's health ministry said. Of the total cases, 42 people remain hospitalized but all are in stable condition.- photo AP

Semasa wabak selsema babi mula menyerang dunia bermula di Mexico, menteri kesihatan kita meminta supaya jangan sebut istilah 'Selsema babi' tetapi guna istilah H1N1 atau influenza A kerana kata beliau ia telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Aku ada ulas sikit pasal istilah itu (baca disini).

Semalam dan hari ini, bila mendengar berita dan membaca akhbar. Istilah Influenza A (H1N1) sudah semakin tidak digunakan. Yang banyak aku dengar ialah 'selsema babi'. Semasa menonton berita jam 8, hanya menteri kesihatan sahaja yang masih gunakan istilah influanza A (H1N1). Pembaca berita menggunakan istilah selsema babi sepenuh nya. DS Rais Yatim sendiri semasa menjawab soalan wartawan menyatakan adalah lebih mudah menyebut selsema babi daripada influanza A atau H1N1. Mungkin beliau tak tahu atau terlupa bahawa Menteri Kesihatan sebelum ini mengarahkan mengguna istilah INfluenza A (H1N1) dan bukan selsema babi

Aku berpendapat, istilah Influenza A (H1N1) ini terpaksa ditukar semula kepada selsema babi adalah kerana menular nya wabak maut itu di Malaysia sekarang. Istilah H1N1 yang diguna pakai sebelum ini tidak berjaya mempengaruhi atau membuatkan rakyat lebih berwaspada akan bahaya wabak dan virus tersebut. Oleh itu, untuk meningkatkan keberkesanan 'alert' orang ramai maka istilah selsema babi diguna semula.

Kalau sebut selsema babi, rakyat Malaysia pada umum nya telah ada pengalaman dengan virus nipah yang membawa wabak JE (Japanese Encephalitis) tentu akan lebih berwaspada dan berhati hati.

Kesimpulan nya, di Malaysia perkara sebegini adalah biasa. Hari ini kuatkuasa, dua tiga hari kemudian tarik balik. Ingat tak pada pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang sedikit waktu dulu. Masa nak kuatkuasa, tak menyempat nyempat......sekarang apa cerita nya??

Itu lah Malaysia, tanah tumpah nya darah ku..... Sekian.

Photobucket

24 June 2009

Menteri Pelancongan pertahan belanja RM1 juta untuk DS Jean Todt sebagai duta Tourism Malaysia


Todt bersama tunangnya Datuk Michelle Yeoh

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen pada Rabu menjelaskan bahawa RM1 juta yang diperuntukkan kepada Datuk Seri Jean Todt adalah untuk tujuan mempromosi Malaysia di luar negara dan bukan bayaran sebagai duta.

Ng berkata Todt, bekas pengurus Formula 1 Ferrari yang dilantik sebagai duta Tourism Malaysia selama dua tahun pada Mei lepas, menjalankan tugasnya sebagai sukarelawan tanpa mengenakan bayaran.

Namun dalam usaha mempromosikan negara pasti memerlukan perbelanjaan dan RM1 juta yang diberikan kepada Todt bukan untuk kegunaan peribadinya tetapi peruntukan untuk usaha mempromosi seperti perjalanan dan majlis pertemuan.

"Beliau masih seorang sukarelawan. Takkan anda harapkan beliau membayar dari poketnya sendiri. Sukarela bererti kita tidak membayarnya gaji atau bayar apa-apa. Tetapi kita suruh dia lakukan penerbangan, takkan dia nak bayar sendiri. Dia nak adakan jamuan malam, takkan kita nak dia sendiri bayar," kata beliau.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Ng turut menerangkan kepentingan Todt dalam usaha memacu pertumbuhan sektor pelancongan dan menarik pelaburan asing ke Malaysia.

"Dengan kehadiran beliau di Eropah dan dunia dan rangkaian hubungannya, kita percaya beliau akan menjadikan Malaysia lebih terkenal terutama di kalangan pelancong berada," katanya.

Ng berkata Todt, yang juga tunang kepada pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh, Datuk Michelle Yeoh, turut diminta mempromosikan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Ng turut menolak dakwaan bahawa Todt diberikan sebidang tanah di Terengganu.

Anggota Parlimen Mohamad Azmin Ali (Parti Keadilan Rakyat-Gombak) kelmarin mendakwa kementerian itu membelanjakan hampir RM1 juta dengan anggaran RM593,400 bagi mempromosikan negara dan memberi peruntukan sebanyak RM388,000 untuk percutian dalam negara serta sebidang tanah kepada Todt.- BERNAMA



Komen aku:

1. Menteri Pelancongan DS Dr Ng Yen Yen memberi alasan berbelit belit macam ular sawa. Beliau kata Todt menjalankan tugasnya sebagai sukarelawan tanpa mengenakan bayaran, tapi duit RM1 juta tu bagi kat dia guna. Buat makan malam & penerbangan dan alasan untuk pelancungan Malaysia. Ah...alasan, bukan susah pun nak cari alasan.

2. DS Dr Ng Yen Yen juga berkata Todt amat penting dalam usaha memacu pertumbuhan sektor pelancongan dan menarik pelaburan asing ke Malaysia. Todt ini 'Super man' ke?. Kalau begitu tutup agensi berkaitan promosi pelancungan. Suruh Todt ini saja yang buat semua itu.

3. Nak tanya DS Dr Ng Yen Yen, Si Todt ini rakyat Malaysia ke?. Setahu aku Si Todt ini rakyat Perancis. Logik aku, kalau nak promosi dan cerita hal negeri Kelantan, kena lah tanya orang Kelantan. Kalau suruh orang Johor cerita pasal Kelantan, apa yang orang Johor tahu. Kekadang aku pelik, macam dah tak ada rakyat Malaysia yang boleh memainkan peranan tersebut. Asyik asyik 'Mat Salleh'...Nyampah betul aku....

Cukup lah tiga perkara tu. Malas nak tulis panjang panjang. Sekian


Photobucket

23 June 2009

‘Duri dalam daging’ - DS Dr. Khir Toyo tolong jangan merepek !

Tuesday, June 23, 2009
Ketua Umum PR bagai 'duri dalam daging' orang melayu


SHAH ALAM - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ‘duri dalam daging’ kepada orang Melayu sehingga menimbulkan perpecahan berikutan kecenderungan tindakannya yang mengutamakan kepentingan peribadi dan politiknya.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, selagi orang Melayu terpengaruh dengan berkiblatkan kata-kata Anwar, selagi itulah perpaduan dalam kalangan orang Melayu tidak menjadi kenyataan.

“Anwar lebih mengutamakan agenda peribadi berbanding agenda terhadap Islam mahupun Melayu berdasarkan sejarah dirinya.

“Kita boleh menilai tujuannya melalui sejarah lampau mahupun peristiwa yang berlaku sejak April 2008 sama ada Anwar boleh menjaga kepentingan agama dan bangsa atau sebaliknya,” katanya dalam laman blognya, semalam.

Dalam pada itu, Dr Khir juga beranggapan idea kerajaan perpaduan tidak akan berjaya kerana PAS atau UMNO mempunyai komitmen sendiri dalam asas perjuangan mereka.

“UMNO ada komitmen mereka kepada Barisan Nasional (BN) dan Pas pula komitmen kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

Dr Khir berkata, kedua-dua parti politik Islam itu perlu terlebih dahulu bermuzakarah isu-isu Islam dan orang Melayu daripada terus menerus membicarakan soal kerajaan perpaduan.

“Tetapi perbincangan itu tidak harus dilihat sebagai isu perkauman yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan antara kaum,” katanya.

Menurutnya, politik juga perlu menjadi wadah menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara bukannya alat menunjukkan siapa lebih berkuasa sehingga wujudnya politik ‘kebencian’ dalam kepimpinan negara.

“Demikianlah susahnya sikap dan pemikiran orang Melayu yang mengamalkan politik berasaskan kebencian bukannya berasaskan kepentingan,” katanya. - Sinar Harian

Komen aku:
Apa benda yang DS Khir merepek ni. Sejak hilang kunci pejabat Menteri Besar Selangor pada 8 Mac 2008, asyik merepek saja kerja nya. Merendah rendah kan tahap pemikiran orang melayu termasuk lah aku.

Asal kita sokong parti pembangkang saja dikata terpengaruh dan dipengaruh, tapi bila sokong parti pemerintah dikata orang itu bijak menilai. Seolah olah kepada yang memberi sokongan pada pembangkang tidak menggunakan akal untuk berfikir.


Mentang mentang lah beliau Doktor, beliau ingat beliau bijak dalam serba serbi. Beliau memang bijak dan pandai dalam bidang pergigian sebab beliau diiktiraf sebagai doktor gigi, tetapi dari segi lain beliau belum tentu pandai dan entah entah aku lebih pandai dari beliau. Kalau beliau bijak dan pandai, sudah pasti beliau tidak menggunakan penyapu sebagai hadiah. Didalam blog beliau, beliau mempertahankan tindakan tersebut dengan mengatakan bahawa hadiah penyapu itu telah diputuskan dalam mesyuarat dan bukan diputuskan oleh beliau secara individu. Bagi aku, itu menunjuk kan yang beliau terpengaruh dengan keputusan mesyuarat. Tidak kah beliau terfikir apakah kesan nya?. Akibat nya Selangor tumbang.

DS Khir, tolong lah jangan kaitkan DS Anwar dengan perpecahan di kalangan orang Melayu dan ugama Islam. Anda dan parti yang anda dokongi sudah 50 tahun memerintah. Boleh aku tanya apa yang orang melayu secara keseluruhan nya dapat?. Setahu aku yang hilang banyak, tapi yang bertambah tidak ada pun. Kalau bertambah pun ialah segala jenis bayaran, harga barang dan cukai. Anda dan Perdana Menteri cerita lah indek BSKL melonjak menunjukkan ekonomi bagus, KDNK meningkat, Inflasi rendah dan bla..bla..., tapi nak buat apa untuk majoriti rakyat macam aku kerana kami masih terpaksa bergelut untuk hidup.

Anda bercakap soal perpaduan Melayu. Anda patut selesaikan masaalah perpaduan melayu dalam UMNO dahulu, kemudian baru cerita hal melayu di luar UMNO. Berpadukah ahli UMNO jika setiap kali ada mesyuarat cawangan/bahagian, akan ada tumbuk menumbuk, baling kerusi dan kekecohan lain. Lagi pun aku nak tanya DS Khir, betul ke melayu berpecah teruk sangat?. Aku dan rakan rakan dari UMNO tak masaalah pun. Kami tetap berkawan, sama lah juga macam ahli ahli Parlimen. Dalam Dewan bertekak bertegang leher, jumpa di kanteen makan semeja dan gelak sakan lagi.

Akhir sekali nak bagi ingat, lain kali kalau berkuasa jangan sombong dan berlagak sebab bila jatuh akan terasa sakit nya yang amat sangat. Aku kata begini bukan untuk DS Khir sahaja tetapi kepada semua pemimpin yang masih berkuasa, tak kira sama ada UMNO/BN, PR dan yang tak ada parti.


Sekian, harap maaf.

22 June 2009

Iskandar Malaysia - PAS-UMNO gaining on unity talks Analyst

Vincent Khoo, CFA Tel: (603) 2143 1180

Events
In a change of heart, PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz has agreed to unity talks with UMNO, but with conditions. He said he could accept a unity government but it should be pursued through a proper channel, and the talks should focus on Islamic and not Malay issues (The Star).

Impact
While unity is potentially a long term positive, the market is likely to impute higher near term political risk premiums, given the dissension within the existing coalitions Pakatan Rakyat (unity talks opposed by DAP and PKR), and even within Barisan (this morning Sarawak United People's Party).

Lower intermediate term upside for KLCI should political uncertainties persist. Recent events, including last week's remarks from the Johor palace which at least temporarily dampened the play on Iskandar Malaysia, will limit the sustainable upside of the KLCI to perhaps 13-14x PE multiple, versus historically 15x. Based on this assessment, our 12-month KLCI target would be 1,000 to 1,080.

Best regards
Vincent Khoo, CFA

Nota:
Diatas adalah antara email yang aku dapat setiap hari dari Affin Investment Bank

Photobucket

21 June 2009

Selamat menyambut Hari Bapa (Happy Father's Day)


Selamat menyambut Hari Bapa hari ini . Bagi anak-anak tunggu ciptaan baru untuk Hari Anak (tak sama dengan Hari Kanak-Kanak). Nanti tentunya ada yang mencipta Hari Suami, Hari Isteri, Hari Suami Isteri, Hari Atuk, Hari nenek,Hari cucu, Hari kerani, Hari opis boy dan macam macam.

Dulu dulu masa aku kecik kecik tak ada pun Hari ini dan itu. Sekarang masa aku dah nak masuk warga Emas ini macam macam hari yang timbul. Tak lama lagi agak nya mau 356 hari penuh dengan sambutan hari ini dan itu. Maka tiap tiap hari lah kita sambut hari begitu begini.

Aku pun bukan setuju sangat dengan hari ini dan itu. Ini semua bagi aku hanya lah lebih kepada propaganda. Tak berani nak kata propaganda pihak mana. Oleh itu datang aje hari apa pun kita sambut, asal kan sambutan itu membawa kebaikan dan bagi yang berugama Islam, tidak bertentangan dengan akidah dan roh Islam yang kita anuti.

Sekian...

Photobucket

20 June 2009

Kerajaan Perpaduan: Umno sudah bersedia, PAS pula tidak berminat


Sat | Jun 20, 09 | 12:40:53 pm MYT


KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata PAS buat waktu ini tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan.

"Saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," katanya dalam kenyataan pendek yang diemelkan ke Harakahdaily pagi ini.

Kenyataan beliau itu adalah berhubung kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno bersedia berbincang dengan PAS atas apa sahaja topik tanpa meletakkan syarat.-Harakahdaily

Komen aku:
Malas dah nak komen panjang panjang. Punca nya hanya lah idea dari Presiden PAS, Tuan Guru Hj. Hadi Awang dan mendapat sokongan dari segelintir pemimpin atasan PAS kecuali Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz. Aku berani kata selagi isu ini tidak dimatikan UMNO akan terus mendapat talian hayat nya.

Apa pun aku sokong dengan kenyataan Dato' Mustafa Ali tersebut, cuma dari ayat nya seolah olah isu ini belum ditutup sepenuh nya. Ayat orang politik mungkin macam itu agak nya. Cuba perhatikan ayat ' PAS buat waktu ini tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan'.

Walaubagaimana pun kenyataan tersebut sekurang kurang nya dapat meredakan kegelisahan pendokong dan penyokong PAS. Dengan itu juga UMNO terpaksa mencari isu baru untuk talian hayat nya.
Sekian

Lembaran baru Pas-UMNO, PAS perlu ingat pada 1972

Akhbar melaporkan bahawa TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap lembaran baru hubungan UMNO dan PAS dapat dimulakan segera demi kepentingan umat Islam dan keharmonian negara. Segala pesengketaan, dendam dan keraguan sebilangan pemimpin Pas perlu dilupakan (baca disini).

Ewah...ewahhhhh..., sedap dan lunak nya beliau berkata kata. Apa kah beliau fikir begitu mudah untuk melupakan segala apa yang UMNO/BN telah buat Kepada PAS khusus nya dan parti pembangkang yang lain am nya. Sudah lah tak pernah nak minta maaf, lepas tu nak suruh lupakan begitu sahaja. NO WAY !!!


Mintak maaf dulu !!!. Kemudian baru boleh cerita nak buka lembaran baru ke atau tidak. Suruh mantan PM terdahulu seperti Tun Mahathir. Beliau adalah orang yang paling lama dan paling banyak sekali membuli dan menganiaya PAS. Apa yang beliau tidak buat kepada PAS ?. Masa itu ada kah beliau tidak fikir pasal melayu dan Islam ?.


Sejarah telah membukti kan bahawa UMNO/BN tidak patut ditolong. Kita harus belajar daripada sejarah, ayah dan datuk kita di dalam PAS pernah membuat usaha seperti apa yang Tan Sri Muhyiddin harapkan ini.

Pada tahun 1972 selepas kekalahan teruk Perikatan pada tahun 1969, PAS telah menyertai Perikatan dan menubuhkan Barisan Nasional (BN). Alasan mereka sama, iaitu untuk menyelamatkan suara Melayu-Islam di dalam kerajaan. Namun, apa yang berlaku, apabila PAS masuk ke dalam BN, PAS terpaksa bersetuju dengan semua dasar-dasar BN yang bertentangan dengan Islam dan hak asasi manusia. Selain itu, PAS di layan sebagai warga kelas ketiga di dalam BN. PAS tidak dibenarkan membuka cawangan di Johor dan negeri-negeri Selatan tanah air. PAS terpaksa merelakan pemilihan menteri besar Kelantan dilakukan oleh Tun Razak bukannya oleh PAS walaupun PAS memenangi kerusi terbanyak di Kelantan pada waktu tersebut. Bahkan PAS telah dikhianati pada tahun 1977, PAS disingkir dari Barisan Nasional, berlakunya MAGERAN di Kelantan, dan pada pilihanraya 1978, PAS kalah di Kelantan dengan hanya tinggal satu kerusi Parlimen dan 2 kerusi DUN. Kesilapan membuat keputusan tersebut menyebabkan BN menguasai Kelantan dalam tempoh masa 12 tahun daripada 1978 sehingga 1990.(baca disini)

Pimpinan PAS kemudian nya terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyakinkan ahli dan membina semula Parti. Sejarah ini perlu di beritahu berterusan agar pendokong/penyokong PAS tidak lupa dan juga supaya rakyat kenal siapa UMNO/BN sebenar nya.

PAS tidak harus dipatuk dua kali oleh ular yang sama dan dalam lubang yang sama bukan?

Photobucket

19 June 2009

Photo of the day: 19 June 09 - Honduras & anti-violence



A child holds a leaflet against weapons and violence during an anti-violence march in downtown Tegucigalpa June 19, 2009. According to the United Nations and Honduras authorities, there were 4,473 homicides in the country in 2008.

The UN Office on Drugs and Crime also said recently that urban street gang members known as "maras" in Guatemala, El Salvador and Honduras had become part of the problem of drug smuggling and its related violence.

Photobucket

18 June 2009

Jambatan ke 3: Sultan Johor tidak setuju


[sultan+rasmi+daerah+ledang.jpg]


Sebelum ini, Najib ketika mengadakan lawatan dua hari ke Singapura Mei lalu, mengumumkan cadangan pihak Malaysia untuk membina sebuah jambatan baru bagi menghubungkan bahagian timur Johor ke republik berkenaan. Baru baru ini pula Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew semasa melakukan kunjungan hormat ke pejabat DS Najib, dalam kenyataan nya mengatakan bahawa Singapura bersetuju. DS Najib semasa bercakap dengan wartawan kemudian nya berkata bahawa Malaysia dan Singapura sudah sepakat untuk membina jambatan tersebut (baca disini).


Hari ini (18/6/09) Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail bertitah baginda tidak bersetuju dengan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Malaysia dan Singapura. Titah baginda itu disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail ketika merasmikan mesyuarat pertama, penggal kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) (baca disini)


DS Najib sudah canang keliling kampong pasal nak buat jambatan berkenaan tetapi terlupa nak mintak izin dengan 'Tuan Tanah' dimana projek jambatan itu akan dilaksanakan. Sebagai 'Tuan Tanah' sudah pasti lah Sultan Johor mungkin berasa kecil hati dan natijah dari itu baginda bertitah "Beta tidak setuju".


Sedikit waktu dahulu, sewaktu Pak Lah dan projek Corridor nya, Sultan Johor juga tidak berpuas hati apabila nama baginda digunakan untuk Wilayah Pembangunan Iskandar tanpa persetujuan baginda. Semasa pelancaran WPI, baginda hanya berpakaian T-Shirt, sedang kan tetamu lain berpakaian kasual.

Kesimpulan nya, kalau sebelum ini pemimpin kerajaan selalu menuduh bahawa pihak pembangkang tidak menghormati Raja dan Sultan, nampak nya mereka pun 2x5, sama saja.

Sekarang Sultan Johor sudah betitah tidak setuju. Mari kita lihat apakah yang DS Najib nak buat....rayuan?, ugutan?....atau apa?..

Sekian

Photobucket

17 June 2009

Isu Kerajaan Perpaduan: Nasharudin digesa keluar PAS, masuk UMNO



Hari ini Tuan Guru Nik Aziz benar benar menzahirkan kemarahan nya secara terus kepada sasaran tanpa berlapik dan berkias kias lagi. Siapa lagi kalau bukan Nasharudin Mat Isa. Beliau didesak melepaskan jawatan atau masuk UMNO kalau mahu terus bercerita pasal kerajaan perpaduan. (baca disini)

Nasharudin ini pun satu hal jugak. Selepas menang jawatan Timbalan Presiden, beliau menghangatkan kembali isu kerajaan perpaduan ini. Apabila isu itu semakin memuncak, akhir nya Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali mengeluar arahan kepada pemimpin di semua peringkat dan Pakatan Rakyat supaya berhenti daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan dengan isu kontroversi idea kerajaan perpaduan. Beliau juga berkata, isu tersebut tidak relevan buat masa ini sehingga pilihan raya umum ke-13 (baca disini).

Sepatut nya cerita ini sudah pun tamat dengan 'arahan' Datuk Mustafa Ali tersebut. FULL STOP @ TAMAT.

Entah macam mana, tanpa diduga DS Najib pula cuba mengusik kembali isu ini dengan kata yang lunak yang amat menyedapkan telinga apabila mendengar nya. DS Najib Razak berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan (baca disini). Namun begitu kenyataan itu disanggah oleh Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad. Beliau menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai satu helah. (baca disini)

Walau apa pun, tidak mengapa lah itu hak beliau sebagai PM dan Presiden UMNO nak cerita pasal Kerajaan Perpaduan apabila dtanya wartawan, sebab larangan dan arahan Datuk Mustafa Ali hanya terhad kepada pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. Yang menghairankan ialah tindak balas Nasharudin Mat Isa, apabila ditanya wartawan tentang kenyataan DS Najib itu. Beliau nampak macam tak pernah jumpa microfon. Antara yang beliau katakan ''Hari ini sudah ada respons positif daripada Perdana Menteri mengenai cadangan penubuhan kerajaan perpaduan" (baca disini). Masa itu beliau lupa agak nya pada 'arahan' Datuk Mustafa Ali. Tidak boleh kah beliau berkata " Mintak maaf tuan tuan, saya tidak boleh komen sehingga satu mesyuarat khusus bagi membincang kan isu ini ". Jawapan begini nampak lebih neutral.

Oleh kerana sikap beliau yang masih degil dan tidak mempedulikan 'arahan' itu lah yang membuatkan orang semakin tahu 'warna' sebenar Nasharuddin. Maka dengan itu, Tuan Guru Nik Aziz secara terang menyuruh Nasha masuk UMNO dan sudah ada pun bahagian UMNO yang sanggup menerima Nasharudin. Kalau tak silap UMNO bahagian Cheras.

Apa tunggu lagi..........Jawatan menteri ada kosong lagi tak Datuk Seri?, tak de menteri timbalan pun jadi ler...

Photobucket

16 June 2009

Sudahlah bertelinga satu, pekak badak pula!



Zulkifli Yahaya
Tue | Jun 16, 09 | 10:56:28 am MYT


Ungkapan Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said perihal pemerintah yang 'bertelinga satu dan berlidah dua' menjadi sebutan popular sidang Muktamar Tahunan PAS kali ke-55 yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini.

Membelasah pihak lawan adalah situasi biasa dalam mesyuarat agung mana-mana parti pun. Namun belasan terhadap Umno dalam muktamar PAS baru-baru ini agak luar biasa. Mungkin ekoran kemarahan yang teramat sangat terhadap BN yang telah melakukan rampasan kuasa menjatuhkan kerajaan negeri Perak yang dipilih secara sah oleh rakyat. Bukan setakat Umno jadi bahan cacian, tetapi para pemimpin dalam PAS juga dingatkan supaya jangan langsung cederung hati untuk menghampiri Umno.

Wakil Shah Alam, Ir Khalid Samad berpidato bagai mahu menggegar dan meruntuhkan bumbung Stadium Malawati. Ingatan keras kepada semua ahli dan pimpinan supaya jangan tertipu dengan muslihat Umno cuba menghulurkan tangan kononnya untuk berdamai dengan PAS. Ambil iktibar sirah Majlis Tahkim anjuran Muauwiyah untuk menipu Sayidina Ali serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Azizan Razak mengibaratkan berkawan dengan Umno seperti membela kucing. "Depan tuan dia nampak baik, belakang tuan curi lauk. Jangankan atas tilam, atas sejadah pun dia berak," ujar beliau. Lucu, tapi sinis dan tajam.

Wakil Dewan Pemuda PAS, Zulkifli Ahmad, akibat terlalu ghairah memberi amaran kepada pemimpin PAS supaya jangan cenderung untuk bertemu Umno, lupa bahawa beliau sepatutnya membahaskan usul mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat pengambilan secara haram kerajaan Pakatan Rakyat Perak oleh BN, bukan bercakap isu muqabalah atau kerajaan perpaduan.

Wakil dari dari Kelab Penyokong PAS juga membantah keras kerjasama dengan Umno. Beliau melahirkan kebimbangan masyarakat Cina (yang mutakhir ini menyokong PAS), jika PAS cenderung untuk bekerjasama dengan Umno.

Ramai lagi perwakilan dan saf kepimpinan yang berucap menyatakan tentangan habis-habisan terhadap muzakarah, muqabalah, kerjasama, kerajaan perpaduan atau apa-apa yang semakna dengannya. Tidak ada pemimpin yang mengemuka, mencadang atau menyokong idea kerajaan perpaduan dalam muktamar.

"Marilah kita melaksanakan mesej dakwah secara muwajahah silmiyyah, dengan kita sedia berdailog, bermuzakarah dan berdebat dengan sesiapa sahaja," ujar Presiden dalam ucapan dasarnya.

Itu sikap biasa PAS dan ucapan seperti itu pernah kita dengar sejak berdekad lalu. Bukan perkara baru dan tiada kena mengena dengan idea kerajaan perpaduan.

Habis, jika tidak berbangkit isu kerajaan perpaduan, mengapa tiba-tiba ada juga perwakilan menyinga? Kerajaan perpaduan disensasikan habis-habisan oleh media-media tali barut BN. Apakah bermakna ahli-ahli PAS terikut-ikut dengan rentak permainan media tali barut?

"Dalam keadaan isu kerajaan perpaduan dimainkan oleh media BN, apa-apa ungkapan pemimpin dengan maksud yang seserti atau boleh dimanipulasikan oleh media BN sepatutnya dihentikan, maksudnya 'kerat terus' macam kenyataan keras Tuan Guru Nik Aziz yang berkata, 'karut!' terhadap isu kerajaan perpaduan," ujar seorang pemerhati politik.

Sekurang-kurang, katanya, buat masa ini jangan sebut perkataan muqabalah, muzakarah, perpaduan atau sebagainya. Jangan langsung. Itu satu pendapat dari pelbagai pandangan. Mungkin betul, mungkin tidak.

Musuh utama BN sekarang ialah perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Jika DAP dan KeADILan berjaya direnggangkan dari PAS, maka cerahlah kembali masa depan BN yang kini sedang berada di wad ICU. Walaupun PAS sudah ada kelab penyokong PAS tetapi DAP juga mempunyai pengaruh yang jauh lebih besar di kalangan orang Cina. Menangnya Pakatan Rakyat di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor jelas kerana sokongan bukan Melayu.

Keputusan penerimaan usul dalam muktamar baru-baru ini juga memberi sedikit hela nafas untuk BN mengintai kembali sokongan masyarakat Cina. Iaitu usul Pemuda agar kerajaan mempertahan 30 peratus equiti tempatan dan bumiputera ke atas 27 sub sektor perkhidmatan

"Langkah liberalisasi itu perlu dikaji semula kerana ia menyebabkan syarikat bumiputera gulung tikar dan merupakan dasar ekonomi yang ke belakang," ujar wakil Dewan Pemuda PAS Pusat. Ada yang tertanya-tanya, adakah kerajaan Umno akan menerima usul tersebut sedangkan telinga mereka sudahlah satu, pekak pula.

Sejak DEB lahir, dasar 30 peratus ini hanyalah kek ekonomi untuk diagihkan kepada sesama kroni Umno. Bukan dinikmati oleh rata-rata orang Melayu. Sekali pandang, secara tak langsung, nampaknya usul ini juga ala 'kerajaan perpaduan' kerana (berpandangan) daripada mengagihkan peluang kepada semua pihak termasuk bukan bukan Melayu, lebih baik memberikannya kepada 30 peratus kroni Umno, seperti amalan busuk kerajaan BN sejak dulu.

Sewaktu mengangkat tangan membangkang usul tersebut di muktamar baru-baru ini, saya tersenyum melihat Mohamad Sabu dan Dato' Husam Musa juga turut serta. Namun menjadi adab berjemaah, apabila usul tersebut diterima setiap ahli wajib menerimanya. - Harakahdaily

Photobucket


15 June 2009

Sidang Parlimen: Nizar dan 6 MP Pakatan diarah keluar Dewan


KELUAR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan dua anggota pembangkang, Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) dan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) meninggalkan Dewan Rakyat selepas enggan membuka pengikat kepala yang ditulis perkataan 'Bubar DUN'. Antara mereka yang memilih untuk keluar ialah Khalid Samad (Pas-Shah Alam), Chong Cheing Jen (DAP-Kuching), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Teo Nie Cheng (DAP-Serdang). - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar daripada Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Arahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan "bubar Dewan Undangan Negeri" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan ingkar arahan supaya memakai lilitan "BUBAR DUN" Perak.

Pandikar ketika ditemui wartawan sebentar tadi berkata, mereka diarah keluar kerana berpakaian tidak menghormati tatasusila Parlimen dan menimbulkan kekecohan dengan ingkar arahan.

Nizar dan enam wakil rakyat terbabit tidak dibenarkan masuk Dewan Rakyat selama dua hari sehingga esok.

Wakil rakyat yang lain ialah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas) serta N. Gobalakrishnan (Padang Serai).

Tiga yang lain ialah wakil Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; Dr. Mohd. Hatta Ramli (Kuala Kerai), Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Mahfuz pula berhujah dengan Speaker bahawa beliau hanya mengenakan lilitan di lengan dan harus dibenarkan.

Beliau kemudian meninggalkan Dewan Rakyat.

Beberapa wakil berkenaan cuba memasuki semula Dewan Rakyat tetapi diarah keluar Speaker dan Timbalan Speaker - sehingga sesi ditangguhkan tengah hari tadi - atas alasan mereka terikat dengan hukuman selama dua hari itu.

Ketika ditanya komen Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa penggunaan lilitan dibenarkan di Parlimen negara-negara lain, Pandikar menegaskan, ini adalah Parlimen Malaysia dan harus patuhi peraturan ditetapkan.

Oleh itu katanya, jika hendak berbuat demikian mereka boleh jadi Ahli Parlimen negara berkenaan.

Berbanding lazimnya, ekoran insiden itu, Pandikar yang ternyata kecewa tidak menyampaikan ucapan mengalu-alukan kedatangan wakil rakyat baru.

Anwar pada sidang media berkata, Parlimen harus membenarkan wakil rakyat menunjukkan protes mereka termasuk menggunakan lilitan.

"Parlimen patut benarkan, tidak harus diambil tindakan tegas," katanya di lobi Parlimen.

Sehubungan itu jelas beliau, Pakatan akan menulis surat kepada Speaker agar menggugurkan hukuman ke atas kesemua tujuh wakil rakyat berkenaan.


fotoTHE STAR oleh Raja Faisal Hishan

Terdahulu kira-kira pukul 10.03 pagi tadi, Nizar mengenakan lilitan di kepalanya sejurus mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang.

Tindakannya mencetuskan kekecohan apabila Speaker mengeluarkan arahan itu dan turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

Nizar terpaksa menanggalkan lilitannya sebelum kembali ke tempat duduk beliau di blok "F".

Bagaimanapun Nizar terus diminta keluar Dewan Rakyat ketika beberapa wakil rakyat pembangkang turut mengenakan lilitan tersebut. Ada wakil rakyat yang mengikat pada kepala dan ada yang memakai pada lengan masing-masing.

Malah Dewan Rakyat juga mengarahkan sekumpulan tetamu yang hadir, dipercayai penyokong Pakatan Rakyat dari Perak yang turut memakai lilitan "BUBAR DUN", keluar.- mStar Online

Photobucket

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...