28 February 2009
Penyokong tahanan ISA himpun di IPD Brickfields
Polis guna meriam air surai penyokong Uthayakumar
Abdul Rahim Sabri | Feb 28, 09 12:05pm
Polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.
Polis melepaskan tembakan meriam air itu kira-kira jam 11.55 pagi selepas mereka tidak mengendahkan tiga arahan polis supaya bersurai.
Sebelum itu, kira-kira 50 orang dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis berhubung layanan terhadap Uthayakumar.
Mereka terdiri daripada lima wakil dari sembilan negeri dan lima anggota keluarga Uthayakumar.
Mereka berkumpul hari ini sebagai membantah kerana Uthayakumar - yang menghidap kencing manis - tidak diberi rawatan perubatan sewajarnya.
Beberapa anak jari kaki kiri Uthayakumar mengalami kecederaan pada 31 Januari lalu ketika berada di Kem Tahanan Kamunting.
Pada 20 Februari lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, jika keadaan itu berterusan, 'beratus-ratus" laporan polis akan dibuat terhadap pihak berkuasa hari ini.
Pada jam 12.15 tengahari, kira-kira 12 orang ditahan termasuk ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan penyelaras badan pemantau polis dan jawatankuasa hak asasi manusia, S Jayathas.
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sing Deo juga kelihatan berada di balai polis untuk memberi sokongan kepada mereka.
Bagaimanapun, pada kira-kira jam 12.45 tengahari, orang ramai sudah beredar dan hanya tinggal polis dan para wartawan di situ..
Sumber: http://www.malaysiakini.com
Kumpulan tersebut enggan bersurai walaupun diarahkan oleh polis beberapa kali. Kira-kira 200 orang itu terdiri daripada beberapa Ahli Parlimen.
Pihak polis membenarkan kira-kira 50 orang yang terdiri daripada lima anggota keluarga Uthayakumar dan 45 wakil iaitu lima orang bagi setiap negeri termasuk ahli-ahli Parlimen memasuki IPD untuk membuat laporan masing-masing.
Bagaimanapun mereka yang menunggu di luar IPD pula diminta meninggalkan pekarangan premis tersebut.
Ramai yang mematuhi arahan tersebut tetapi kira-kira 30 orang enggan berbuat demikian.
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga mula melepaskan air ke arah kumpulan tersebut.
Pada awalnya mereka meninggalkan kawasan itu tetapi kembali semula, menyebabkan FRU terpaksa meneruskan tindakan mereka.
Kumpulan itu berhimpun semula buat kali ketiga lalu berhadapan dengan tindakan FRU, tetapi akhirnya meninggalkan kawasan IPD.
Menurut Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, polis menahan 17 orang termasuk Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.
Sehubungan itu, polis menetapkan ruang lingkup kawasan larangan demi keselamatan.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata, rancangan 500 individu untuk membuat laporan secara beramai-ramai di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini dianggap sebagai perhimpunan haram dan menasihatkan orang ramai agar tidak menyertainya.
Kata beliau, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menganjurkan dan melibatkan diri di dalam perhimpunan tanpa permit yang jelas boleh menggugat ketenteraman awam, tegas beliau.
Sekumpulan 500 individu yang merupakan penyokong tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) P.Uthayakumar merancang untuk membuat laporan polis beramai-ramai di IPD Brickfields esok kerana mendakwa pihak berkuasa mengabaikan kesihatan Uthayakumar yang berada dalam tahanan.
Beliau berkata tindakan membuat laporan polis beramai-ramai dilihat sebagai satu cara untuk mempersendakan tugas pihak polis kerana menurutnya walaupun hanya satu sahaja laporan dibuat, ia tetap akan disiasat seadil-adilnya.
Katanya, polis tidak pernah menghalang mana-mana individu untuk membuat laporan polis tetapi bukan secara beramai-ramai.
Polis akan mempertimbangkan untuk membenarkan mereka membuat laporan polis dengan minimum tiga orang.
Sumber: www1.mstar.com.my
27 February 2009
Photo's of the day: 27 Feb. 09 - Dominican Republic Independence Day
'Brand' UMNO semua nya boleh part 1 - Kekecohan di perkarangan Parlimen
Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo bertindak menyerbu kumpulan tersebut sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara Gobind dan Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.
Kekecohan itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan Parlimen, anggota polis dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Datuk Seri Tiong King Sing yang bergegas ke tempat kejadian. Itu lah berita dari Utusan Malaysia 27/2/09.
Aku memang tak tahu prosidur atau tatacara nak masuk Parlimen sebab tak pernah pergi pun. Sebelum ini ada juga pihak bukan UMNO yang nak ke Parlimen untuk hantar memorandum dan lain-lain hal, tetapi awal-awal lagi sudah disekat dan di halang di simpang masuk jalan ke Parlimen oleh pasukan keselamatan. Lebih teruk lagi ialah larangan dikeluarkan sebelum pergi pun lagi.
Ambil saja contoh dalam isu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk pergi ke Parlimen. Macam macam yang pihak Polis buat untuk menggagalkan nya. Polis kata tidak ada permohonan lah, yang pemuda UMNO ramai-ramai kat Parlimen semalam ada buat permohonan pada pihak Polis?. Kalau ada, bagus lah...
26 February 2009
Turkish Airlines Crash in Amsterdam Kills At Least 9
Michel Bezuijen, acting mayor of the Dutch township of Haarlemmermeer, said, “at least 25 of the injured were in a serious condition and that both crew members and passengers were hurt,” the Associated Press writes.
There have not been any announcements on the cause of the crash. Candan Karlitekin, the head of the airline’s board of directors, said that visibility was good at the time and there was nothing wrong with the maintenance of the plane, according to AP. Bloomberg reports that Dutch authorities say there is no indication that terrorism was involved in the crash.
“The plane suddenly felt like it was falling into a ditch about nine minutes before landing and we were on the ground within five or six seconds,” Kerem Uzel, a passenger, told a Turkish news channel NTV, according to Bloomberg. “The tail of the plane hit the ground first and the plane dragged on the soil for a while. Then I saw an opening in the plane next to me and I got out, some other passengers also got out of the plane on their own.”
NTV also reported that one of the engines may have ”broken off” prior to the crash, and “The engine fell off while the plane was flying at 2,000 meters (6,561 feet), the channel said citing eye witnesses,” Bloomberg writes.
At first, the airline said that nobody was killed in the crash, according to AP.
Source: http://www.findingdulcinea.com/news/Europe
25 February 2009
Masuk UMNO semula - Ibrahim Ali musnahkan karier politiknya sendiri?
Ketika berterus-terang kepada para pemberita yang menemuinya di lobi Parlimen semalam, Ibrahim berkata, beliau amat menghargai pelawaan daripada Umno dan akan mendapatkan maklum balas daripada para penyokong di kawasannya.
Ibrahim menambah, Umno bukanlah satu parti yang asing baginya kerana selain pernah menjadi ahli, beliau menganggotai Majlis Tertinggi (MT) selama enam tahun dan ketua bahagian selama 12 tahun.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, parti itu memang memerlukan tokoh seperti Ibrahim bagi menguatkan kedudukan parti di mata orang Melayu ketika ini.
Katanya, sebagai orang lama dan berpengalaman, selain pernah keluar masuk Umno, kebolehan dan kecekapan Ahli Parlimen itu tidak perlu diragui.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta ahli parti supaya tidak memandang sinis terhadap cadangan supaya Ibrahim dibenarkan menyertai semula parti itu.
Menurut Ahmad Zahid, beliau mengharapkan akan ada lagi orang seperti Ahli Parlimen Pasir Mas itu mahu menyertai Umno semula.
"Kalau ada ramai yang nak masuk lagi bagus, sekurang-kurangnya Umno ada majoriti dua pertiga di Parlimen nanti," katanya.
Seorang lagi ahli MT, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo juga bersetuju dengan cadangan itu dan berharap Ibrahim menimbang tawaran itu dengan sebaik-baiknya.
Sumber: Harakahdaily
Komen Aku:
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac 2008, Ibrahim menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Rosdi Mahamed dengan majoriti 8,991 undi. Beliau bertanding sebagai calun bebas tetapi menggunakan lambang PAS.
Desas desus beliau nak masuk UMNO semula telah kedengaran awal disember tahun 2008 lagi. Walau pun tidak begitu serius dan lebih kepada berbentuk gurauan. Aku ada tulis dan link kan pada sumber nya iaitu Agenda daily.
Dari segi logik mudah, tak kan lah setelah digantung keahlian UMNO seumur hidup, beliau dengan senang dan mudah diterima masuk semula ke dalam UMNO. Sudah pasti lah beliau mesti membuat sesuatu yang pro dan menguntungkan UMNO atau BN. Baru lah UMNO boleh tawarkan kemasukan semula untuk nya. Setelah beliau hempas songkok dalam sidang dewan rakyat, maka tawaran pun dibuat.
Pandai betol engko ye Beraim !!..............
24 February 2009
Polis henti siasatan serta-merta - Speaker V.Sivakumar lega
Kalau begitu lah jadi nya, bagaimana dengan lapuran Polis yang telah dibuat ke atas V. Sivakumar. Dengar kata, lebih dari 10 lapuran Polis dibuat. Lapuran Polis mungkin dibuat selepas mendengar nasihat yang disyorkan oleh PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. PM berkata bahawa kerajaan negeri Perak (diterajui Zambry) perlu membuat laporan polis kerana apa yang dilakukan oleh Speaker DUN Perak itu sesuatu yang menyalahi atau menolak apa yang telah dilaksanakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dan perlembagaan negeri. Cuma tidak diketahui sama ada Zambry dah buat lapuran Polis ke belum?.
Khairy Jamaluddin pun tumpang tui jugak. Bapa mertua seorang bagi nasihat cukup lah. Beliau mendesak supaya Sivakumar digantikan dengan tokoh lebih berwibawa. Desakan yang pelik, sebab bila sidang DUN nanti, 'yang kena gantung' tak boleh masuk dewan. Bila tak boleh masuk dewan, majoriti BN dah kurang. Bila majoriti dah kurang PR boleh rampas balik semula Kerajaan negeri dari BN. Oleh itu, apa BN perlu buat sekarang?...BN perlu bukti kan bahawa penggantungan Datuk Dr. Zambry Kadir dan enam exconya ada lah TIDAK SAH, tetapi boleh ke?..........
Dalam hal berkaitan, nampak nya Tun Mahathir lebih mempunyai pengetahuan dari PM dan lain-lain yang sepemikiran dengan PM. Bekas Perdana Menteri itu menulis dalam blog beliau bahawa Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.
Teringat kata kata ustaz pada satu kuliah Agama. Kalau tak pandai lebih baik kita diam sebab bila kita diam, orang tak tahu kita pandai ke tidak?, tapi bila kita nak bercakap jugak, baru orang tahu yang memang kita tak pandai.
Sekian
Setelah 30 tahun, Pemimpin rejim Khmer Rouge mula dibicarakan di Tribunal jenayah perang Kemboja
Sudah beberapa kali usaha membawa para pemimpin kanan Khmer Rouge (KR) tertunda. Tetapi tahun ini membuktikan tribunal jenayah perang Kemboja kian berjaya untuk membawa dalang jenayah KR ke muka pengadilan.
Kaing Guek Eav atau juga dikenali sebagai 'Duch' dituduh bertanggungjawab atas kematian kira-kira 14,000 penduduk Kemboja sewaktu menjadi komandan penjara di Tuol Sleng atau S-21.
Perbicaraan sebenar ke atasnya hanya akan bermula pada bulan depan. Namun pencapaian tribunal itu bak suatu kemenangan maruah yang besar kepada rakyat Kemboja.
Ketika pemerintahan kejam Khmer Rouge 1975-1979 iaitu tiga tahun lapan bulan, hampir setiap keluarga Kemboja kehilangan ahli keluarga di kalangan 1.7 juta penduduk yang dibunuh.
Dipercayai sejumlah besar mangsa KR merupakan minoriti Cam yang beragama Islam. Orang Cam pernah menubuhkan kerajaan Melayu yang terlama (abad kedua sehingga ke-15 Masihi) di rantau ini dan disebut dalam Sejarah Melayu.
Rakyat kemboja ingin melihat kesemua pemimpin kejam Khmer Rouge dibawa ke mahkamah supaya dapat dinyatakan siapa sebenarnya yang bertanggungjawab. Namun keadaan daif atau serba kekurangan dan masalah perundangan telah melambatkan keinginan ini dapat dipenuhi.
Mengapakah rejim Khmer Rouge tergamak membunuh rakyat sendiri sepanjang revolusi 'Tahun Sifar' yang dipimpin oleh Pol Pot?
Inilah soalan utama yang bakal dipaparkan dalam perbicaraan yang membuka lembaran baru kepada proses pendakwaan jenayah perang rejim Khmer Rouge. Duch bakal menjadi saksi utama kepada empat pemimpin kanan yang lain.
Mereka ialah 'Abang Nombor Dua' Nuon Chea; bekas Presiden Khmer Rouge, Khieu Samphan; dan bekas Menteri Luar, Ieng Sary; serta isterinya, Ieng Thirith.
Former Khmer Rouge leader Nuon Chea is helped to stand for a verdict at the Extraordinary Chambers in the Court of Cambodia (ECCC) in Phnom Penh on March 20, 2008. Nuon Chea is to appeal against his detention by Cambodia's genocide tribunal, insisting there is not enough evidence to keep him behind bars pending trial. Up to two million people died of starvation and overwork, or were executed by the Khmer Rouge, which dismantled modern Cambodian society in its effort to forge a radical agrarian utopia. Photo-Reuters
Encik Hun Sen dikatakan kurang senang dengan perbicaraan itu kerana 'bebanan sejarahnya' dengan para pemimpin Khmer Rouge dan kemudian penjajah Vietnam.
Masalah itu menyebabkan tribunal yang ditubuhkan sejak 1997 itu mengalami perjalanan yang tersekat-sekat.
Para pemimpin KR sudah dianggap sebagai 'mesin pembunuh manusia'. Munculnya KR sewaktu Indochina (Vietnam, Laos dan Kemboja) baru merdeka dari Perancis dan menghadapi kebangkitan komunisme. Untuk menghalang gugatan komunis, Amerika Syarikat telah masuk campur di Vietnam Selatan.
Berdasarkan sejarah, Encik Hun Sen dikatakan memberontak kerana tidak sanggup melihat kekejaman Pol Pot.
Dengan sokongan Vietnam, Encik Hun Sen berjaya menghakis KR namun negaranya dijajah pula oleh Vietnam selama 13 tahun. Hanya dengan campur tangan Asean dan masyarakat antarabangsa, barulah Vietnam berundur pada 1991. Pengunduran Vietnam dipercepat dek kekalahannya dalam perang dengan China dan berkecainya Soviet Union yang merupakan penyokong utamanya.
Pencerakin politik Asia Tenggara di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Encik Ahmad Zaki Hasan, berkata Encik Hun Sen tidak ada sebab untuk melengahkan perbicaraan.
Tribunal itu sebelum ini dikatakan memerlukan kos melebihi AS$40 juta. Apatah lagi perbicaraan juga dijangka berlarutan sehingga 2012.
Namun apakah masa masih memihak kepada rakyat Kemboja? Sanggupkan masyarakat antarabangsa menderma kepada Kemboja?
Selama 30 tahun sudah lahir generasi muda Kemboja yang mungkin tidak mengalami zaman getir KR. Namun kisah kekejaman KR masih terus diceritakan dan pernah menjadi isi filem Hollywood, The Killing Fields (1984).
Mentelah para pemimpin KR kini dalam usia senja dan mungkin tidak sempat menanti sehingga tahun 2012 apabila seluruh proses perbicaraan bakal tamat.
Tribunal ini akan menampilkan para hakim antarabangsa seperti Hakim Silvia Cartwright, mantan hakim Mahkamah Tinggi New Zealand, dan juga para hakim Kemboja.
Antara para saksi yang bakal dipanggil ialah wartawan Encik Nic Dunlop, yang menemui Duch di barat laut Kemboja pada 1999. Sarjana Amerika, Encik David Chandler, pengarang beberapa buku mengenai Kemboja, juga akan diminta sebagai saksi.
Sejak kejatuhan KR, Duch lesap selama dua dekad dan memakai dua nama serta memeluk agama Kristian sebelum dikesan oleh Encik Dunlop, warga British.
Para hakim juga dikatakan bakal menentukan untuk menggunakan filem ringkas diambil oleh para askar Vietnam ketika memasuki penjaran Tuol Sleng pada Januari 1979 selepas KR ditumbangkan.
Filem itu menunjukkan tubuh yang dipancung dan kekanak yang nyawa-nyawa ikan. Menurut Pendakwaraya, Encik Chea Leang, filem itu genting sebagai bukti dan menggesa para hakim menerimanya sebagai bukti.
Namun antara peguam Duch, Encik Car Savuth, berhujah bahawa filem itu diada-adakan oleh pihak Vietnam sebagai langkah absah (legitimasi) untuk menjajah Kemboja demi menamatkan kekejaman KR.
Menurut ilmiawan Australia, Cik Helen Jarvis, Kemboja berada dalam keadaan terserap di tengah-tengah sengketa politik jagat.
Cik Jarvis telah lama bersama kerajaan Kemboja sejak rundingan dibuat dengan PBB bagi menyokong pembentukan tribunal itu.
'Memang kami sudah terlalu lama menanti. Namun tinjauan kami menunjukkan sekitar 60 hingga 70 peratus rakyat Kemboja mahukan tribunal ini melaksanakan tugasnya. Mereka memang geram dan sinis, namun keadilan masih dituntut,' kata Cik Jarvis.
Warga Amerika, Encik Michael Hayes, penerbit dan pengasas harian Inggeris, The Phnom Penh Post, telah mengikuti perkembangan tribunal, satu demi satu selama 10 tahun lalu.
'Proses dan perbicaraan ini khususnya menarik jangkaan tinggi rakyat Kemboja. Ini disebabkan Duch sudah mengakui penglibatannya dalam pembunuhan 16,000 jiwa atau lebih di pusat yang dikendalikannya. Jadi, orang ramai menanti apakah kelak pengakuannya. Terdapat anggapan dia paling mudah didakwa dan akan mengheret yang lain. Sudah ada banyak bukti mengenainya,' kata Encik Hayes.
Bagi pimpinan Kemboja, tribunal ini akan menarik perhatian antarabangsa dalam menilai demokrasi dan hak asasi watan mereka. Tetapi lebih penting lagi ialah usaha memikat pelabur jagat untuk terus membangun Kemboja dengan sejarah silamnya yang megah termasuk kompleks kuil Angkor Wat. -- Agensi.
Sumber: cyberita.asia1.com.sg
Sarawak Assistant Minister for Agriculture & Batang Ai rep dies
Komen Aku: Setelah 3 'bukit', sekarang tiba giliran 'batang' pulak yang dimulakan dengan Batang Ai...mungkin lepas ini Batang Kali dan Batang Berjuntai...err...maaf, Batang Berjuntai dah tukar kepada Bestari Jaya. Nampak gaya nya, hari demi hari politik Malaysia semakin menarik....
Walau apa pun, takziah diucapkan kepada keluarga beliau.
Sekian.
23 February 2009
Unsold Cars from around the world - Part 4
22 February 2009
Photo of the day: 22 Feb.09 - G20 meeting in Berlin
KONTROVERSI - Sebab SPRM kelihatan bersikap 'Double Standard', benar kah?
Ia berkenaan dengan kes anak lelaki kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan iaitu Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said (Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat MAS) yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana cuba "menyeludup secara haram bahan-bahan lucah" ke Australia. Beliau dipercayai telah ditangkap bersama Kapten Ng.Kok Yauw.
Susulan kejadian yang memalukan itu, dipercayai ayahnya iaitu Mat Said SPRM telah memaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Hasil laporan tersebut Pejabat Perdana Menteri telah mengarahkan beliau dilepaskan dan kes tersebut dihapuskan begitu sahaja termasuk bukti-bukti yang berkaitan. Ini bermakna kerajaan Malaysia mempunyai "jasa yang amat besar untuk membebaskan anak Mat Said SPRM daripada pertuduhan itu" dan seterusnya berjaya "menyelamatkan maruah Pesuruhjaya SPRM" itu dari mendapat malu dan aib akibat peristiwa ini.
Untuk berita penuh sila klik: http://pahangdaily.blogspot.com
AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID,
MAS staff number 1086993
son of the Director General of the Anti- Corruption Agency of Malaysia , DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMAD SAID BIN HAMDAN
Di bawah ini adalah artikel dari ABC News (Australia) bertarikh 08/02/2008
Visiting pilot fined over child porn
Posted Fri Feb 8, 2008 4:15pm AEDT
found to have child sex videos on his laptop computer.
When Ahmad Said, 25, arrived at Adelaide Airport yesterday he said he did not have anything to declare. But customs officers searched his laptop and found child sex videos. A handcuffed Said has faced court.
Magistrate Simon Smart told him the videos were cruel and violent and it was a disgrace that the married father of two had brought the material to Australia.
The magistrate said people like Said encouraged the market for child pornography.
Said, whose wife is expecting their third child, was fined $6,000.
He left court with a jumper over his head because of television camera crews.
Source: www.abc.net.au/news
Related Articles:
2. ‘Porn pilot’ ‘under probe-thestar.com.my
3. Ahmad Said son of ACA director?-rockybru.com.my
Komen Aku: Diharap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dapat memberi penjelasan berhubung dengan dakwaan tersebut. Sebelum ini Beliau dengan penuh bergaya, berlagak dan macam orang sombong mengatakan bahawa SPRM bersikap profesional apabila ditanya wartawan berkaitan isu salahguna kuasa Menteri Besar Selangor. Aku tengok sendiri dalam TV, tapi mungkin juga stail beliau nampak macam sombong. Apa-apa pun mintak beliau jawab....
Sekian
Unsold Cars from around the world - Part 3
eLawyer Law Conference 2009 - “Blogging and Law”
Klik gambar untuk paparan lebih jelas
It is however, understandable that not every blogger is well versed with the law, and therefore don’t know their rights and liabilities. I’m quite sure some of us might have pondered over the following questions;
- Is it against the law when I link to other blogs?
- What should I do if someone claims that I have infringed his or her copyrights?
- Do I have rights to ask someone to remove the link to my blog?
- Can I use pictures found in other websites or google images?
- If I found out others have defamed me in their blogs, what should I do?
To shed light to our pondering, Nuffnang is proud to be an online partner of the upcoming eLawyer Law Conference 2009, themed “Blogging and Law”. Details of the upcoming conference as follow;
Theme: Blogging and Law
Date: 14 March 2009
Time: 9.30am – 12.30pm
Fees: F.O.C.
Venue: Auditorium Tun Mohd Suffian, UM Law Faculty
Co-Organiser: Law Society of University of Malaya
Topic 1: Blogging & Intellectual Property Law in Malaysia (By Mr. Foong Cheong Leong, KL Lawyer & Blogger)
You will learn about:
1. Is it against the law when I link to other blogs?
2. What should I do if someone claims that I have infringed his or her copyrights?
3. Do I have rights to ask someone to remove the link to my blog?
4. Can I use pictures found in other websites or google images?
And many more…
Topic 2: Blogging & Defamation Law in Malaysia (By Mr. Nizam Bashir, Malacca Lawyer & Blogger)
You will learn about:
1. What amount to defamatory statement?
2. What should I do if someone claims that the content of my blog defames him?
3. If I have found out others have defamed me in their blog, what shall I do?
4. What are the remedies available for defamation action?
And many more…
Registration: The admission to this conference is FREE. However, please R.S.V.P by sending your details (Name, Tel, Email, Occupation and Organisation) to forum@elawyer.com.my on or before 10 March 2009
Source: www.nuffnang.com.my
21 February 2009
Kerajaan Sabah tukar kereta Perdana kepada Volvo - TV3, RTM & Utusan mengapa senyap?
Aku nak bagi sikit info pada engkorang. Kalau engkorang rajin tulis lah kat Utusan ke? atau berita Harian ke?. Untuk TV3, malam nanti masukan lah dalam slot buletin utama jam 8.00 malam, tapi kalau tak boleh, berita jam 12 malam pun tak apa, kan Aiman tak kesah !
1. Kereta Volvo 2.5 kemungkinan besar model Sedan S80 2.5T iaitu model yang sama yang diguna oleh Polis DiRaja Malaysia. Mungkin juga model XC90.
2. Datuk Seri Musa Haji Aman kata sebab beliau tukar ialah kerana kos penyelenggaraan Perdana V6 adalah tinggi. 4 kerajaan negeri yang tukar kereta beri alasan yang sama. Tak ada alasan lain ke Datuk Seri?..atau memang benar penyelenggaraan Perdana V6 adalah tinggi.
3. Datuk Seri Musa Haji Aman kata pembelian adalah melalui Syarikat Angkatan Hebat Sdn Bhd (Syarikat dimana Kerajaan Negeri mempunyai 70% kepentingan melalui Warisan Harta Sabah Sdn Bhd.). Syarikat Angkatan Hebat Sdn Bhd juga adalah pengedar Volvo di Sabah
4. Syarikat Angkatan Hebat Sdn Bhd membeli kereta-kereta tersebut dan kemudian nya menyewakan nya kepada Kerajaan Negeri Sabah. Apa strategi nya dan berapa sewa nya?, yang itu aku tak tahu.
5. Datuk Seri Musa Haji Aman kata lagi kereta Volvo yang dibeli adalah sebanyak 12 buah dan hanya untuk kegunaan menteri-menteri dan timbalan menteri. Pegawai kanan kerajaan masih menggunakan Proton Perdana V6.
Rakyat terbanyak pakai 'National Car', Pakatan Rakyat pakai 'Japaness Car' dan Kerajaan BN....tak main lah 'National & Japaness Car', kita orang pakai 'Continental Car'. Kah...Kah...Kah!!!
Sekian dimaklumkan.....Terima Kasih.
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - "Tiada akhbar yang akan laporkan", begitulah yang diluahkan oleh seorang pemberi maklumat berhubung tindakan kerajaan BN Sabah menukar kenderaan rasmi Perdana kepada Volvo 2.5 cc.
Pemberi maklumat yang enggan namanya disiarkan berkata, Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Musa Haji Aman dikatakan telah menukar dari Proton Perdana V6 ke Volvo 2.5 yang baru atas alasan kos senggeraan yang tinggi untuk Perdana.
"Masalahnya di Sabah tiada pengedar dan pusat khidmat Volvo yang disahkan. Kalaulah kerajaan Kelantan pakai Volvo agaknya jadi berita utama dan muka depan TV3, RTM, Utusan, Berita Harian dan yang sewaktu dengannya selama berbulan-bulan," katanya.
Namun ujar beliau, dalam kes kerajaan Sabah ini, tiada akhbar yang mahu melaporkan jauh sekali mensensasikan isu tersebut berbanding isu penukaran kereta kerajaan Selangor sebelum ini, ujarnya. - mns
Sumber: harakahdaily.net
Artikel berkaitan:
2. black Volvo 2.5 as official cars - newsabahtimes.com.my
3. Opting for Volvo due to cost of upkeep - dailyexpress.com.my
Unsold Cars from around the world - Part 2
Imported cars stored at Sheerness open storage area awaiting delivery to dealers
Newly imported cars fill the 150-acre site at the Toyota distribution centre in Long Beach , California